Kes 89,011, sembuh 65,790

WALAUPUN Arab Saudi mencatatkan 89,011 kes setakat 2 Jun, jumlah kes pulih kini 65,790 termasuk 1,484 kes sembuh yang dilaporkan hari ini. Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, sebanyak 1,869 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Pada masa yang sama, 138 pesakit yang disahkan positif Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh tujuh hari lalu menjadikan kes kematian 549. Kebanyakan 22,672 kes yang aktif berada dalam keadaan stabil manakala 1,264 pesakit dalam keadaan kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 556 kes diikuti Makkah 300, Jeddah 279, Dammam 123 dan…

Read More

Indonesia catat 609 kes baharu

THAILAND melaporkan satu kematian akibat Covid-19 dan satu kes positif baharu dalam tempoh 24 jam. Perkembangan ini menjadikan jumlah kes 3,083 manakala kematian 58. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kematian itu melibatkan lelaki warga Thai berusia 80 tahun dari Narathiwat. Kes positif baharu pula melibatkan pelajar lelaki berusia 32 tahun yang baru tiba dari Arab Saudi melalui Kuala Lumpur dan menaiki bas ke Narathiwat melalui pintu masuk Padang Besar pada 25 Mei lepas. Setakat ini, lapan daripada 39 penumpang bas itu didapati positif Covid-19. Daripada 3,083 kes,…

Read More

Indonesia tidak hantar jemaah

SELEPAS Singapura, kini Indonesia negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia memutuskan untuk tidak menghantar jemaah pada musim haji tahun ini. Menteri Agama Indonesia Facrul Razi dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berikutan pandemik Covid-19 ketika ini masih mengancam penduduk seluruh dunia, termasuk Indonesia dan Arab Saudi. Pada tahun lepas, kuota jemaah haji dari Indonesia adalah berjumlah lebih 231,000 jemaah. “Selain soal keselamatan, kebijakan (dasar) ini diambil kerana, hingga saat ini Arab Saudi masih belum membuka akses layanan Penyelenggaraan Ibadah Haji 1441H/2020M. “Akibatnya, pemerintah Indonesia (pasti) tidak memiliki…

Read More

15 kes import, 5 tempatan

PUTRAJAYA : Dua puluh kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 7,877 kes. Daripada 20 kes baharu itu, 15 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada lima kes penularan di dalam negara, tiga adalah bukan warganegara… Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 1,292 kes. Sebanyak 66 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sebanyak 6,470 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan…

Read More

Susun semula ‘hidup 24 jam’ selepas PKP

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan tamat pada 9 Jun ini. Itu ketetapannya. Persoalannya sama ada akan disambung seperti tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.  Untuk rekod, PKP bermula sejak 18 Mac dan sekarang memasuki fasa ke lima yang dikenali PKPB. Sekiranya PKPB berakhir atau ‘lebih longgar’, apa yang akan anda lakukan? Mungkin mahu ke masjid, ke kedai gunting rambut, menonton wayang, merentas negeri balik kampung atau apa sahaja yang sudah lama terpendam. Sama ada PKPB disambung atau tidak, ia tidak bermakna kita bebas segalanya. Pergerakan masih perlu…

Read More

Penggunaan naik waktu PKP

TIDAK perlu terkejut jika menerima bil elektrik tinggi daripada kebiasaan. Secara amnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman telah meningkat antara 20 hingga 50 peratus. Sepanjang tempoh hampir tiga bulan itu, kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang hari berikutan arahan ‘duduk di rumah’ di samping bekerja dari rumah sementara anak-anak pula tidak ke sekolah. Bayangkan dalam tempoh itu, semua kipas berpusing, pendingin hawa pula hampir 24 jam dibuka di samping barangan elektrik seperti mesin basuh, televisyen, periuk nasi dan…

Read More

WHO harap terus kerjasama AS

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) walaupun Presiden Donald Trump pada Jumaat memutuskan hubungan dengan agensi kesihatan dunia itu. Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Grebeyesus berkata sumbangan AS terhadap kesihatan global selama beberapa dekad sangat besar dan kerjasama kukuh itu telah memberi impak dan manfaat kepada kesihatan awam dunia. “Dunia telah lama mendapat manfaat daripada kerjasama kolaborasi yang kuat dengan pemerintah dan rakyat Amerika Syarikat. Sumbangan dan kemurahan AS terhadap kesihatan global selama beberapa dekad sangat besar. “Harapan WHO agar kerjasama ini dapat diteruskan,”…

Read More

Brazil catat 514,000 kes

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga 5.45 pagi ini, 2 Jun adalah 6.67 juta dalam tempoh 24 jam manakala kematian pula meningkat kepada 374,247 Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 100,000 kes jangkitan baharu. Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan dan kematian Covid-19 dengan mencatatkan 1.8 juta kes serta 104,799 kematian. Brazil pula mencapai angka setengah juta dengan merekodkan 514,849 kes tetapi dengan kematian menduduki tempat keempat dengan catatan 29,314 kes. Rusia pula mengatasi United Kingdom (UK) dengan 414,328 kes…

Read More