PUTRAJAYA : Dua puluh kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 7,877 kes.
Daripada 20 kes baharu itu, 15 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada lima kes penularan di dalam negara, tiga adalah bukan warganegara…
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 1,292 kes.
Sebanyak 66 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sebanyak 6,470 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga kini, seramai enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Daripada jumlah tersebut, dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Pada masa sama, Malaysia mengekalkan rekod sifar kematian baharu Covid-19 dalam masa 11 hari berturut-turut. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak 115 kes (1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).