Brazil catat 514,000 kes

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga 5.45 pagi ini, 2 Jun adalah 6.67 juta dalam tempoh 24 jam manakala kematian pula meningkat kepada 374,247

Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 100,000 kes jangkitan baharu.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan dan kematian Covid-19 dengan mencatatkan 1.8 juta kes serta 104,799 kematian.

Brazil pula mencapai angka setengah juta dengan merekodkan 514,849 kes tetapi dengan kematian menduduki tempat keempat dengan catatan 29,314 kes.

Rusia pula mengatasi United Kingdom (UK) dengan 414,328 kes sementara UK merekodkan 277,726 kes. Bagaimanapun UK di tempat kedua dengan 39,127 kematian sementara Rusia 4,849 kematian.

Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 239,638 dan 233,197 kes sementara kematian Itali 33,475 kes mengatasi Itali dengan 27,127.

Tujuh lagi negara mempunyai kes positif melepasi 100,000 iaitu India 198,370,

Perancis 189,348, Jerman 183,594, Peru 170,039, Turki 164,769, Iran 154,445 dan Chile 105,158.

Kanada dan Mexico masing-masing mencatatkan 93,197 dan 90,664 kes diikuti Arab Saudi 87,142 dan China 84,150.

Sebanyak 2.67 juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

Related posts

Leave a Comment