Penggunaan naik waktu PKP

TIDAK perlu terkejut jika menerima bil elektrik tinggi daripada kebiasaan.

Secara amnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman telah meningkat antara 20 hingga 50 peratus.

Sepanjang tempoh hampir tiga bulan itu, kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang hari berikutan arahan ‘duduk di rumah’ di samping bekerja dari rumah sementara anak-anak pula tidak ke sekolah.

Bayangkan dalam tempoh itu, semua kipas berpusing, pendingin hawa pula hampir 24 jam dibuka di samping barangan elektrik seperti mesin basuh, televisyen, periuk nasi dan pelbagai lagi yang berfungsi lebih kerap berbanding sebelum ini.

Di kampung pula, ada yang segelintir balik ke kampung semasa cuti sekolah dan terus tersekat di sana menyebabkan penggunaan elektrik untuk rumah di bandar menurun dan penggunaan elektrik rumah di kampung meningkat.

Apa pun bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan bil itu bolehlah menghubungi  TNB bagi mendapatkan penjelasan pegawai khidmat pelanggan.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), Mahdzir Khalid berkata, pelarasan bil TNB menggunakan kaedah prorata memastikan pengguna tidak akan terlebih caj.

Kaedah itu juga telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik setiap bulan.

Katanya, bil sebenar yang diberikan akan dibahagi sama rata untuk jumlah bulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penggunaan bulanan itu adalah angka yang didarabkan dengan kadar blok tarif bagi setiap bulan.

Related posts

Leave a Comment