Kes 89,011, sembuh 65,790

WALAUPUN Arab Saudi mencatatkan 89,011 kes setakat 2 Jun, jumlah kes pulih kini 65,790 termasuk 1,484 kes sembuh yang dilaporkan hari ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, sebanyak 1,869 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Pada masa yang sama, 138 pesakit yang disahkan positif Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh tujuh hari lalu menjadikan kes kematian 549.

Kebanyakan 22,672 kes yang aktif berada dalam keadaan stabil manakala 1,264 pesakit dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 556 kes diikuti Makkah 300, Jeddah 279, Dammam 123 dan Hufof 119.

Terdapat 78 kes  di Qatif, Ad-Diriyah 72, Madinah 57, Al-Khobar 36, Taif dan Hadda masing-masing 27, Mubarraz 17, Yanbu, Baish dan Najran masing-masing 16 dan 13 kes di Al-Jafr.

Related posts

Leave a Comment