Trend penurunan kes

HARI kedua berturut-turut, kes baharu koronavirus Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan trend penurunan, kata jurucakap Kementerian Kesihatan. Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 1,905 kes dilaporkan berbanding semalam, Selasa 1,911 dan Isnin 1,966. Sebanyak 68 peratus kes baharu ini melibatkan bukan warganegara. Jumlah keseluruhan kes kini 44,830. Sementara itu, jumlah kes pulih pula melebihi kes baharu iaitu 2,365 menjadikan jumlah pulih sebanyak 17,622. Dalam tempoh 24 jam juga, sembilan kematian dilaporkan menjadikan 273 kes. Kematian juga melibatkan dua warganegara Arab Saudi sementara bakinya bukan penduduk tempatan. Kematian dilaporkan di Jeddah…

Read More

Tiada kes di Brunei, Thailand

SEBANYAK 689 lagi kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 15,438. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 21 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian bertambah kepada 1,028 orang Pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu kini berjumlah 33,042 orang. Beliau meminta rakyat negara itu membudayakan gaya hidup sihat dan menjalani normal baharu bagi membendung penularan virus pandemik Jabatan Kesihatan FILIPINA pula melaporkan sehingga pukul 4 petang Rabu, 13 Mei, sebanyak 268…

Read More

37 kes baharu, 2 kematian

MALAYSIA mencatatkan 37 kes baharu Covid-19 dan dua kematian sehingga tengah hari Rabu. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes 6,779 dan kematian 111 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 58 kes positif pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 5,281 kes . Beliau berkats, kes kematian ke-110 (kes ke-6743) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun yang ditemui mati di Rompin, Pahang. “Keputusan ujian sampel Covid-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020. Punca jangkitan belum dikenalpasti dan masih…

Read More

Bermula Pecutan Menjejaki Lailatulqadar

HARI ini 13 Mei, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ‘disambung’ semula selepas PKP Fasa 4 berakhir semalam. Dan hari ini juga kebetulan permulaan ‘pecutan’ 10 malam terakhir Ramadan. Masing-masing boleh me­lakukan pecutan pada fasa ketiga ini untuk mempertingkatkan ibadah sambil menjejaki Lailatulqadar. Firman Allah SWT: “Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadar, 3) Hadis riwayat Muslim pula menyebut : “Sesungguhnya Rasulullah SAW berusaha berhabis-habisan dalam mencarinya (Lailatulqadar itu) pada 10 malam terakhir Ramadan.” Begitulah besarnya ganjaran Lailatulqadar. Tidak ada siapa yang tahu, bilakah malam kemuliaan itu muncul tetapi ketahuilah,…

Read More

Catatan 20 Ramadan

Suasana 2013 dan kini berbeza BEGITU pantas masa berlalu. Hari ini genap 20 hari kita berpuasa. Syukurlah, kerana kita masih dapat menjalani ibadah ini dalam suasana ‘luar biasa’ walaupun dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ini lebih baik berbanding mereka yang berhadapan dengan pelbagai masalah lain. Mungkin di sesetengah negara, ada yang tidak mampu bersahur, berbuka atau mengerjakan solat Tarawih dengan sempurna. Mereka ‘menderita’ kerana persengketaan dan ‘perang saudara’ disebabkan kuasa politik. Mungkin ketika wabak Covid-19 ini, keadaan terkawal. Di negara kita walaupun tiada bazar Ramadan, tiada lagi majlis…

Read More

4,23 juta kes seluruh dunia

KES positif Covid-19 kini melepasi 4.23 juta  berikutan pertambahan 80,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu. Pada masa yang sama angka kematian akibat wabak itu kini melepasi 290,000 kes, peningkatan  sebanyak 6,000 kes Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.36. Empat negara lagi mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Russia 232,243, Sepanyol 228,230, United Kingdom 227,240  dan Itali 221,216 Manakala, lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis 178,349, Brazil 177,589, Jerman  173,171, Turki 141,475 dan…

Read More

Berkurung pada Aidilfitri

RIYADH : Jika di Malaysia, umat Islam masih berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang terhad, termasuk tidak boleh balik kampung, warga Arab Saudi lain pula sambutannya apabila mereka terpaksa berhari raya di rumah. Beberapa media tempatan melaporkan, Kementerian Dalam Negeri pada Selasa mengumumkan akan menguatkuasakan  sekatan dan perintah berkurung sepanjang hari itu di seluruh negara sempena  cuti Aidilfitri mulai 23 hingga 27 Mei bersamaan 30 Ramadan hingga 4 Syawal.. Menurut Kementerian itu, langkah-langkah pencegahan dan larangan akan terus dilaksanakan sehingga berakhirnya Ramadan termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan majlis…

Read More