Trend penurunan kes

HARI kedua berturut-turut, kes baharu koronavirus Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan trend penurunan, kata jurucakap Kementerian Kesihatan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 1,905 kes dilaporkan berbanding semalam, Selasa 1,911 dan Isnin 1,966. Sebanyak 68 peratus kes baharu ini melibatkan bukan warganegara.

Jumlah keseluruhan kes kini 44,830.

Sementara itu, jumlah kes pulih pula melebihi kes baharu iaitu 2,365 menjadikan jumlah pulih sebanyak 17,622.

Dalam tempoh 24 jam juga, sembilan kematian dilaporkan menjadikan 273 kes. Kematian juga melibatkan dua warganegara Arab Saudi sementara bakinya bukan penduduk tempatan. Kematian dilaporkan di Jeddah dan Makkah.

Riyadh mencatatkan kes tertinggi iaitu 673 diikuti Jeddah 338, Makkah 283 dan Dammam 147 Dammam. Madinah berada  di kedudukan keenam dengan 64 kes.

Related posts

Leave a Comment