KES positif Covid-19 kini melepasi 4.23 juta berikutan pertambahan 80,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Pada masa yang sama angka kematian akibat wabak itu kini melepasi 290,000 kes, peningkatan sebanyak 6,000 kes
Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.36.
Empat negara lagi mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Russia 232,243, Sepanyol 228,230, United Kingdom 227,240 dan Itali 221,216
Manakala, lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis 178,349, Brazil 177,589, Jerman 173,171, Turki 141,475 dan Iran 110,767
Berkaitan kes kematian pula, AS merekodkan jumlah tertinggi iaitu lebih 82,246, United Kingdom 30,911, Itali 26,994, Perancis 26,920 dan Sepanyol 12,404,
Setakat ini, 187 negara mencatatkan kes pandemik tersebut.