Maksimumkan kuantiti, kualiti

MENYELAK kembali rencana Selak berkaitan Ramadan yang disiarkan Utusan Malaysia pada tahun 2016, ketika awal berpuasa. Tajuk tulisan Maksimumkan kuantiti, kualiti ibadah Ramadan. Penulis memperkatakan mengenai keberkatan bulan ibadat ini. Sepanjang Ramadan ini juga, janganlah sekadar menahan lapar tetapi menahan diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan atau menghapuskan pahala. Masa terluang jangan leka dengan WhatsApp sebaliknya tatapi telefon dengan bacaan al-Quran. Kadang-kadang WhatsApp menyebabkan kita lalai lebih-lebih lagi dengan isi kandungannya yang boleh menimbulkan fitnah. Artikel penuh boleh dilihat di ARCHIVES Selak-selak.com bulan Jun 2016.

Beberapa isu lain yang dibincangkan ketika itu termasuklah :

  1. Bazar Ramadan memberi peluang peniaga meningkatkan pendapatan, pada masa yang sama janganlah kita sebagai pengunjung bazar membazir ketika membeli juadah berbuka. Akibat nafsu makan, semuanya hendak dibeli tetapi akhirnya makanan terbuang. Alangkah baiknya jika peruntukan untuk membeli juadah itu diinfak kepada mereka yang lebih memerlukan sepanjang bulan yang mulia ini.

TAHUN INI TIDAK ADA BAZAR RAMADAN

  1. Berkaitan makanan para peniaga perlu lebih jujur. Jangan menjual makanan/minuman yang pada luarannya menyelerakan tetapi apabila sampai waktu berbuka, semuanya menjadi habuan tong sampah disebabkan rosak sama ada basi atau tidak cukup masak. Begitu juga diharapkan tidak timbul lagi isu perakuan sijil halal di restoran atau hotel yang menyediakan bufet Ramadan sehingga menimbulkan keraguan umat Islam. Pihak berkuasa pernah memberi amaran supaya pemilik premis seperti kafe, restoran dan hotel tidak sewenang-wenangnya menggunakan perkataan Bufet Ramadan untuk promosi iftar.

KALI INI BERNIAGA MELALUI ONLINE, TIADA BUFET RAMADAN

  1. Selain makan dan makanan, setiap kali Ramadan akan timbul isu berkaitan jumlah rakaat solat sunat Tarawih, solat yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Isunya sama ada mahu lapan campur tiga atau 20 campur tiga. Selak pernah membangkitkan isu ini setiap kali Ramadan kerana masih ada yang tertanya-tanya mengenai mana satu yang harus diikuti. Syukurlah di beberapa negeri, telah dibuat ketetapan supaya setiap masjid diwajibkan Tarawih 20 rakaat tanpa menghalang makmum yang ingin melakukan kurang daripada jumlah.

TAHUN INI BUAT SENDIRI DI RUMAH, TAK TIMBUL LAGI ISU 8 ATAU 20

Related posts

Leave a Comment