Khidmat komuter umpama tiada “titik noktah”

DALAM menghadapi isu kos bahan api, Menteri Pengangkutan  Anthony Loke tampil dengan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam – maksudnya bas, komuter, LRT, MRT, monorel, ERL dan sebagainya. Beliau juga menggalakkan syarikat e-hailing mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool” – penumpang berkongsi perjalanan secara lebih efisien dengan kadar tambang yang lebih berpatutan. Berkaitan dengan pengangkutan juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menggalakkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dengan keluar rumah lebih awal. Mereka yang memilih untuk keluar rumah lebih awal bukan sahaja dapat perjalanan…

Read More

Tubuh parti baharu bukan jalan terbaik

MELAKA 11 April – Selepas dipecat daripada Bersatu, Hamzah Zainudin masih berteka teki mengenai parti pilihannya setelah menolak cadangan menubuh parti baharu dan masih belum pasti dengan desas desus untuk menyertai Pas. Bagaimanapun bekas Timbalan Presiden Bersatu itu tidak menolak kemungkinan untuk beliau bersama 18 Ahli Parlimen yang menyokong agenda ‘Reset’ bergabung dengan sebuah parti besar sedia ada sebagai wadah politik. Tanpa mendedahkan parti berkenaan, Hamzah berkata dalam landskap semasa,  menubuhkan parti baharu bukanlah jalan terbaik sebaliknya  memperkukuh dan melakukan ‘reset’ parti sedia ada lebih relevan untuk masa depan negara.…

Read More

Galeri Pak Lah kumpul 10,000 bahan

TANJONG 11 April – Lebih 10,000 bahan berkaitan bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dikumpul sebagai persediaan pembinaan Galeri Peringatan Tun Abdullah Ahmad Badawi di Vision Park, Bertam, dekat sini. Ketua  Pengarah Arkib Negara Malaysia, Zaidin Mohd Noor, berkata bahan berkenaan termasuk pelbagai rekod penting termasuk dokumen pembabitan beliau dalam arena politik dan hubungan antarabangsa. “Secara keseluruhan lebih 10,000 bahan telah dikumpulkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri serta pelbagai pihak termasuk surat rasmi sepanjang pentadbiran beliau, rekod pembabitan dalam parti politik serta dokumen lawatan rasmi ke luar…

Read More

Filipina disenarai program USDA

MANILA – Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengumumkan Filipina disenaraikan sebagai antara tujuh ‘negara keutamaan’ bagi program bantuan makanan antarabangsa baharu AS. Menerusi USDA, Manila menyertai Bangladesh, Bolivia, Ecuador, Maghribi, Sri Lanka dan Thailand Program dilaksanakan Perkhidmatan Pertanian Luar Negara (FAS) USDA itu membabitkan kerjasama dengan organisasi berkelayakan melalui perjanjian kerjasama untuk menjalankan projek berasaskan lapangan yang menyokong pembangunan pertanian, ekonomi dan infrastruktur sambil menggalakkan perdagangan AS. Bagi tahun fiskal 2026, program itu dijangka memperuntukkan hingga AS$226 juta dalam perjanjian baharu bagi projek lima tahun yang bernilai antara AS$28 juta…

Read More

Tentera AS terus bergerak ke Asia Barat

ISTANBUL – Ketika wakil Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersiap sedia untuk rundingan di Pakistan, pasukan tentera AS masih bergerak ke Asia Barat sekiranya operasi diperlukan. Data penjejakan penerbangan terkini dan maklumat daripada seorang pegawai AS menunjukkan bahawa jet pejuang dan pesawat serangan telah pun tiba di rantau itu. Menurut pegawai berkenaan, antara 1,500 hingga 2,000 anggota Divisyen Udara Ke-82 Tentera Darat mungkin tiba dalam tempoh beberapa hari dan pada masa sama, ribuan anggota tentera laut dan Marin juga sedang menuju ke rantau terbabit. Seorang pegawai Tentera Laut berkata, USS…

Read More