Perang Covid-19 : Politik juga perlu normal baharu

LUPAKAN seketika soal politik. Usah dilayan pelbagai cerita politik ketika negara sedang berhadapan dengan musibah. Kuarantin dahulu politik di pejabat politik masing-masing. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berpolitik. Belajarlah menerima normal baharu walaupun dalam dunia politik.  Tidak boleh lagi berpolitik sepanjang masa berkaitan kedudukan dan jawatan. Amat malang sekali dalam suasana ‘perang’ dengan musuh yang tidak kelihatan ini ada pula pihak yang seolah-olah mahu mewujudkan perang dalam kalangan orang politik yang semuanya berkaitan kedudukan, jawatan dan kuasa.  Ada juga yang mahu mengatur siapa yang lebih berkuasa dan berpengaruh. Cukuplah.…

Read More

Makkah rekod 272 kes

ARAB Saudi merekodkan 1,223 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan 17,522 kes, kata jurucakap Kementerian Kesihatan. Tiga kematian dilaporkan melibatkan warga Saudi dan dua bukan warganegara yang berusia antara 39 hingga 72 tahun. Jumlah kematian kini 139. Sebanyak 142 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam dengan jumlah pulih 2,357. Makkah terus mencatatkan kes yang tinggi dengan merekodkan 272 kes diikutii  Riyadh 267, Madinah 217, Jeddah 117 dan Basih 113. Secara keseluruhan Makkah mencatatkan 4,259 kes, 59 kematian dan 472 pulih manakala Madinah 3,047 kes dengan 32 kematian…

Read More

Kes Indonesia, Filipina naik

THAILAND merekodkan 15 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,922 kes dan kematian kekal 51. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, sebanyak 2,594 kes pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala 277 lagi masih dirawat. Beliau berkata dua daripada 15 kes yang dilaporkan itu dari Yala, wilayah selatan negara berkenaan, susulan penemuan kes aktif. “Thailand mencatatkan kes positif baharu yang rendah. Ini petunjuk yang baik, bagaimanapun kita perlu memantau lebih dekat situasi ini. “Kita perlu terus mengamalkan kebiasaan baharu sehingga vaksin ditemui. Jika tidak, kita akan menyaksikan peningkatan ketara kes baharu,” katanya dalam taklimat harian Covid-19. Bangkok mencatatkan jumlah…

Read More

38 kes baharu, 100 pulih

PUTRAJAYA : Sebanyak 100 kes Covid-19 telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala tidak ada kes kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes yang dibenarkan discaj hari ini hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.           “Sehingga 26 April pukul 12 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif…

Read More

1 Mei belum pasti pulang

BELUM pasti 1 Mei. Ada kekeliruan tarikh pergerakan pulang mereka yang berada di kampung kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan bahawa 1 sehingga 3 Mei adalah tarikh perjalanan dibenarkan bermula. “Sebenarnya  sehingga 1 Mei itu adalah pendaftaran melalui temu janji di balai polis. Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia dan sesiapa yang tidak mempunyai aplikasi tersebut boleh melaporkan ke balai-balai polis berdekatan melalui temu janji,” katanya. Ismail Sabri berkata selepas mendapat data dan maklumat daripada permohonan orang ramai itu, Majlis…

Read More

Longgar perintah berkurung

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara itu dilonggarkan, kecuali Makkah dan kawasan yang sebelum ini melalui fasa kuarantin, lapor Saudi Press Agency. Menurut Saudi Press Agency, perintah berkurung itu akan dilonggarkan di antara 9 pagi hingga 5 petang mulai 26 April hingga 13 Mei. Pusat membeli belah, perniagaan borong dan runcit pula akan dibenarkan untuk dibuka semula mulai Rabu, 29 April iaitu hari keenam Ramadan sehingga 13 Mei, bersamaan 20 Ramadan. Setakat ini, Makkah antara kota yang mencatatkan kes yang tinggi di…

Read More

Maksimumkan kuantiti, kualiti

MENYELAK kembali rencana Selak berkaitan Ramadan yang disiarkan Utusan Malaysia pada tahun 2016, ketika awal berpuasa. Tajuk tulisan Maksimumkan kuantiti, kualiti ibadah Ramadan. Penulis memperkatakan mengenai keberkatan bulan ibadat ini. Sepanjang Ramadan ini juga, janganlah sekadar menahan lapar tetapi menahan diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan atau menghapuskan pahala. Masa terluang jangan leka dengan WhatsApp sebaliknya tatapi telefon dengan bacaan al-Quran. Kadang-kadang WhatsApp menyebabkan kita lalai lebih-lebih lagi dengan isi kandungannya yang boleh menimbulkan fitnah. Artikel penuh boleh dilihat di ARCHIVES Selak-selak.com bulan Jun 2016. Beberapa isu lain yang dibincangkan…

Read More

Aplikasi Gerak Malaysia

APLIKASI  ‘Gerak Malaysia’ bagi memudahkan urusan permohonan permit pergerakan orang ramai yang terkandas di kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, boleh diakses bermula hari ini sehingga Rabu (29 April). Gerak Malaysia ini boleh dimuat turun melalui ‘application store’ seperti ‘Google Play Store’, ‘Apple App Store’ dan ‘HUAWEI AppGallery’. Semasa pedaftaran kali pertama, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon peranti yang digunakan serta alamat e-mel. Pengguna juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS (Sistem Kedudukan Sejagat), bagi mengesahkan…

Read More