Azam Baki ambil tindakan laporan Bloomberg

PUTRAJAYA 11 Feb . –  Azam Baki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada agensi berita antarabangsa, Bloomberg susulan laporan yang disifatkannya ‘mengelirukan’ dan ‘berunsur fitnah’ berhubung urus niaga saham lamanya dalam Velocity Capital Bhd. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu memaklumkan, notis undang-undang itu akan dihantar sama ada ke pejabat Bloomberg di Malaysia atau ibu pejabatnya di Amerika Syarikat, sambil menegaskan kesediaan membawa perkara itu ke mahkamah. “Esok peguam saya akan hantar (LOD) kepada Bloomberg, sama ada di Malaysia atau di Amerika Syarikat. Agensi berita itu menerbitkan…

Read More

Anggota Bersatu disaran kembali kepada UMNO

SEPANG – Veteran UMNO,  Mohd Yussof Latiff mencadangkan pemimpin dan anggota parti Bersatu yang sebelum ini pernah bersama UMNO kembali menyertai parti asal mereka demi memperkukuh kedudukan politik Melayu. Katanya, sebagai parti serpihan yang lahir daripada UMNO, amatlah wajar untuk anggota Bersatu kembali semula kepada UMNO yang juga dilihat semakin lemah. “Ketika ini parti Melayu semakin lemah, maka eloklah pemimpin-pemimpin Bersatu ini kembali kepada parti asal iaitu UMNO, begitu juga dengan ahli-ahli Bersatu yang berasal dari UMNO. “Jika kedudukan Melayu semakin lemah, maka wajar semua orang Melayu khususnya pemimpin-pemimpin dan…

Read More

Cadang pemecatan Anwar dalam silibus Sejarah

KUALA LUMPUR 11 Feb . – Seorang Ahli Parlimen mencadangkan peristiwa penting dalam politik moden termasuk pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998 dimasukkan dalam silibus mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah. Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkata selain sejarah berkaitan kemerdekaan negara, politik moden juga perlu didedahkan kepada generasi baharu. “Politik moden kita hari ini juga harus didedahkan kepada generasi baharu… misalnya pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemunculan (gerakan) reformasi pada 1998, kemudian himpunan BERSIH yang jadi satu modul bagaimana pilihan raya di negara…

Read More

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 di Istana Negara, di sini. Berangkat sama ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Turut berangkat, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Pahang diwakili Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Mesyuarat itu…

Read More

Kurikulum baharu Sejarah tahun 2027

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah akan bermula tahun depan di peringkat sekolah rendah dan menengah, membabitkan hanya murid Tingkatan Satu dan Tahun Satu. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata ia kemudian diteruskan secara berperingkat pada 2028 untuk Tingkatan Dua dan Tahun Dua. “Berkenaan kurikulum (mata pelajaran Sejarah) yang sedang diguna pakai oleh KPM, ia sememangnya akan digunakan untuk satu tempoh dan bila sampai (sesuatu tempoh), kita akan memperkenalkan kurikulum baharu,” katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul…

Read More

BUDI95 kaedah terbaik, praktikal

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Penyasaran subsidi petrol RON95 di bawah Program BUDI MADANI 95 (BUDI95) yang boleh dinikmati semua rakyat tanpa mengira tahap pendapatan terbukti kaedah terbaik dan paling praktikal. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata, selain itu langkah tersebut turut meminimumkan kerenah birokrasi yang perlu didepani kerajaan. Katanya, berbanding pendekatan bersasar seperti mengikut rekod pendapatan, kaedah terbabit hanya akan mengundang terlalu banyak masalah sedangkan petrol RON95 digunakan hampir semua rakyat. “Realitinya, hanya dua peratus pengguna dalam kalangan berpendapatan tinggi di negara ini, dengan pendapatan mereka melebihi RM25,000 sebulan. “Justeru…

Read More

Babi, kuil: Orang politik usah ‘berjanji’ lagi

MUKTAMADKAN! Itu titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj semalam berhubung projek ternakan babi dan pembinaan kuil di tapak tidak sah yang menimbulkan ‘pertelingkahan’ melibatkan orang ramai dan pimpinan politik. Maknanya dua isu ini perlu diselesaikan, jangan kedengaran lagi keluh kesah rakyat Selangor berhubung isu-isu yang berlarutan – pasang surut, tidak pernah selesai. Rakyat tentu lega dengan ketegasan Sultan Sharafuddin selaku Ketua Agama Islam di Selangor yang sentiasa mengambil berat sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama selaras dengan prinsip tolerasi yang menjadi teras keharmonian masyarakat. Kini terletak di bahu…

Read More

Bina rumah ibadat wajib patuh undang-undang

KUALA LUMPUR 11 Feb.- Sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara yang berbilang kaum. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Malaysia sebuah negara yang dibina atas asas keharmonian dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan kepada undang-undang. Justeru, baginda mengingatkan bahawa setiap rakyat bertanggungjawab memelihara nilai-nilai berkenaan demi kepentingan bersama, wajib mematuhi undang-undang yang termaktub, termasuk dalam perkara berkaitan penggunaan tanah serta pembinaan rumah ibadat. Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah,…

Read More

Pencemaran bunyi jejas burung

PARIS – Satu kajian mendapati, pencemaran bunyi sedang menjejaskan tingkah laku burung di seluruh dunia, mengganggu pelbagai aspek daripada nyanyian mengawan hingga ke keupayaan mencari makanan dan mengelak pemangsa. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B itu mendapati bukti jelas mengenai kesan “menyeluruh” pencemaran bunyi terhadap burung di seluruh dunia. Penyelidik mengkaji hampir empat dekad kajian saintifik dan mendapati bunyi yang dihasilkan manusia mengganggu kehidupan burung di enam benua serta memberi “kesan negatif yang kuat” terhadap kejayaan pembiakan. Kajian terdahulu terhadap spesies individu menunjukkan bahawa sumber…

Read More