IBARAT penggulungan dalam penggulungan. Rumah siap pahat berbunyi! Begitulah kisahnya apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke terpaksa ‘menggulung penggulungan’ perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2026. Ketika perwakilan UMNO sudah meninggalkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC), sejak semalam, mungkin kebanyakan sudah sampai di rumah masing-masing, masih ada agenda yang belum selesai. Siapa bercakap benar! Bukan sekadar Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘digulung’ malahan Timbalannya Mohamad Hasan (Tok Mat) turut digulung dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Ternyata Loke mengikuti perkembangan perbahasan di…
Read MoreDay: January 18, 2026
PPP kembali anggotai BN
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sebelum ini memutuskan hubungan dengan Barisan Nasional (BN) pada Mei 2018 diterima kembali sebagai anggota parti komponen gabungan itu. Berikutan penyertaan semula PPP, BN kini dianggotai lima parti komponen selain UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, mengumumkan demikian ketika menyampaikan ucapan merasmikan Perhimpunan Agung PPP Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini. “Ini adalah pengumuman rasmi berdasarkan surat (daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan/ROS bertarikh…
Read MoreBerita pilihan…
AS bertanggungjawab nyawa rakyat Iran
TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump harus bertanggungjawab ke atas nyawa rakyat Iran yang telah terkorban akibat rusuhan. Beliau mendakwa Trump turut bersalah apabila memfitnah negara itu dan menggalakkan perusuh bertindak ganas terhadap infrastruktur dan bangunan-bangunan di Iran. “Kami berpendapat Presiden AS bersalah, sama ada terhadap nyawa yang terkorban, kerosakan yang berlaku, mahupun fitnah yang beliau lemparkan terhadap bangsa Iran,” katanya ketika berucap di sebuah majlis pertemuan bersama penyokongnya di hari ini. Menurut khamenei, secara lazimnya hanya media atau ahli politik…
Read MorePelawa Erdogan sertai Lembaga Keamanan
ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, atas kapasitinya sebagai Pengerusi Pengasas Lembaga Keamanan bagi Gaza, mempelawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan untuk menyertai lembaga berkenaan. Pengarah Komunikasi Turkiye, Burahanettin Duran berkata, pada 16 Januari, Presiden Trump telah menghantar surat jemputan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, untuk menjadi anggota pengasas Lembaga Keamanan. Menerusi hantaran di platform media sosial Turkiye, NSosyal, Duran berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Resolusi 2803, telah menyokong Pelan Komprehensif bagi Menamatkan Konflik Gaza yang diumumkan Trump dan membawa kepada gencatan senjata di wilayah…
Read More