Kes pertama di Wisconsin, AS

WISCONSIN: Kes pertama cacar monyet dilaporkan di negeri ini membabitkan seorang penduduk di Dane County yang dijangkiti virus itu.

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Wisconsin, memaklumkan kes itu dikenal pasti pada 30 Jun lalu dan pesakit kini diasingkan dan risikonya kekal rendah untuk orang awam.

Setakat ini, terdapat sebanyak 396 kes cacar monyet dan orthopoxvirus yang disahkan di Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh wabak itu

Menurut Ketua Pegawai Perubatan, Dr Ryan Westergaard, jumlah kes cacar monyet terus meningkat di AS dan tidak mengejutkan penyakit itu dikesan di Wisconsin.

“Walaupun berkemungkinan kes tambahan akan ditemui dalam kalangan warga Wisconsin, kami berasa lega kerana penyakit ini tidak mudah merebak dari individu ke individu lain.

“Semua doktor diminta sentiasa berwaspada terhadap pesakit yang mengalami ruam dan menggalakkan mereka untuk menguji cacar monyet,” katanya.

Related posts

Leave a Comment