SEREMBAN 14 Jun – Parti Bersama Malaysia (Bersama) masih membuka permohonan kepada individu berminat untuk menjadi calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor dan Negeri Sembilan menerusi platform dalam talian.
Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli berkata, Bersama yang akan bertanding secara solo menyasarkan akan meletakkan 50 peratus calon wanita, selain 70 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah dalam mana-mana pilihan raya PRU DN di Negeri Sembilan.
Katanya, tanpa bergabung dengan mana-mana pihak memudahkan mereka untuk menamakan calon.
Jelasnya, Bersama masih membuka permohonan kepada individu berminat untuk menjadi calon mewakili parti itu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan menerusi platform dalam talian.
“Kita sedaya upaya tampilkan seberapa ramai calon wanita. Cuma kita perlukan calon wanita berkelayakan daripada Melayu ,Cina dan India… tampil ke depan dan jadi calon kami.
Ini yang kita bincang, kita nak 70 peratus daripada calon Bersama bawah 50 tahun,” katanya ketika Jelajah Kancil Negeri Sembilan di sini malam tadi.
Tambah Rafizi Bersama tidak terikat dengan mana-mana gabungan, lantas membolehkan penyenaraian calon menjadi lebih senang dan calon pula mengikut kesesuaian kerusi sama ada melibatkan Melayu, Cina atau India.
“Yang tua jangan marah pada saya kerana masih ada 30 peratus, itu agak besar, ditambah jika Bersama bertanding semua kerusi,” katanya.
Dalam pada itu Rafizi mengesahkan sehingga kini kira-kira 25,000 ahli sudah berdaftar dengan Bersama dan menganggap mereka adalah ‘gila’ kerana parti berkenaan bukan menampilkan nama besar dalam arena politik Malaysia.
“Saya sebenarnya tak pernah terfikir ada orang nak masuk parti Bersama ini masa kita lancarkan tiga minggu lepas sebab saya rasa orang gila sahaja yang masuk parti ini.
“Sebab parti ini lawan semua parti, bukan ada nama besar pun. Nampak macam parti orang gila,” katanya.
Nnnn
