RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara itu dilonggarkan, kecuali Makkah dan kawasan yang sebelum ini melalui fasa kuarantin, lapor Saudi Press Agency.
Menurut Saudi Press Agency, perintah berkurung itu akan dilonggarkan di antara 9 pagi hingga 5 petang mulai 26 April hingga 13 Mei.
Pusat membeli belah, perniagaan borong dan runcit pula akan dibenarkan untuk dibuka semula mulai Rabu, 29 April iaitu hari keenam Ramadan sehingga 13 Mei, bersamaan 20 Ramadan.
Setakat ini, Makkah antara kota yang mencatatkan kes yang tinggi di samping Jeddah, Riyadh dan Madinah.
Sementara itu, suasana sunyi dan pilu mengiringi solat Tarawih di Masjidilharam dengan hanya pegawai dan kakitangan masjid yang hadir untuk solat berjemaah sambil mematuhi langkah jarak selamat.
Arab Saudi telah melanjutkan penggantungan bersolat di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah semasa Ramadan.
(Foto FB Haramain Sharifain)