Saman S$300 ingkar arahan

MULAI esok, Ahad, pemerintah Singapura tidak lagi mengeluarkan amaran bertulis terhadap  mereka yang masih berdegil atau gagal mematuhi langkah ‘pemutus litar’ yang bertujuan membendung wabak Covid-19. Saman $300 menanti mereka. Menteri Sekitaran dan Sumber Air,  Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberi ingatan itu setelah mendapati masih ada yang tidak mematuhi arahan. Buktinya, hari ini sahaja, lebih 3,000 amaran keras dan lebih banyak saman dikeluarkan Melalui catatan Facebooknya malam ini, beliau berkata, denda lebih tegas  diperlukan. “Mulai esok,  tidak ada lagi amaran bertulis. Sesiapa yang ditemui Pegawai Penguatkuasa, akan diminta memberi keterangan…

Read More

Kes meningkat di empat negara

THAILAND  merekodkan 45 kes baharu Covid-19 termasuk melibatkan lapan warga Thailand yang pulang dari Indonesia, menjadikan jumlah kes yang disahkan kepada 2,518. Dua lagi kematian dilaporkan menjadikan 35 kes. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, dua kematian terbaru itu melibatkan dua lelaki rakyat Thailand – pekerja kedai pajak gadai berusia 46 tahun dan pekerja pembersihan Pentadbiran Metropolitan Bangkok berusia 65 tahun. “Memandangkan bilangan kes baharu Covid-19 di bawah 100 sejak beberapa hari kebelakangan ini, kita mesti terus berjaga-jaga dan mengekalkan jarakan sosial untuk memerangi wabak di negara ini,” katanya…

Read More

Urus sendiri rambut ketika PKP

SETELAH mendapat pelbagai reaksi, kebanyakannya bimbang dan tidak setuju,  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi semula seperti kedai gunting rambut, ditangguhkan sementara waktu. Cadangan KKM itu lebih melegakan. Berdasarkan reaksi masyarakat dan pelbagai pihak, secara tidak langsung menunjukkan penerimaan ramai mengenai langkah menghentikan rantaian wabak Covid-19. Rakyat mula memahami penjarakan sosial. Mereka ambil tahu langkah-langkah untuk menjaga diri dan orang lain daripada jangkitan wabak. Seperti kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ‘kita jaga kita’. Sejak semalam, banyak pandangan dan pengalaman dikongsi melalui media sosial yang semuanya bercakap…

Read More

184 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 184 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini meningkat kepada 4,530, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 ketika ini sebanyak 73 atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sebanyak 165 kes pulih dilaporkan setakat 12 tengah hari Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 1,995 atau 44.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. “Sehingga kini, 72 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).…

Read More

Covid-19 tidak kenal orang bumi atau kayangan

BENAR, Covid-19 tidak pilih mangsa. Siapa saja boleh menjadi mangsa, dari yang tinggal di pondok, rumah pangsa, rumas teres, banglo hingga ke istana. Tiada yang kebal. Begitu juga Covid-19 tidak pilih jawatan atau profesion. Daripada rakyat di bawah kepada pemimpin dan juga raja. Buktinya sudah ada di seluruh negara. Doktor dan jururawat juga tidak terlepas. Mereka juga dijangkiti. Justeru semua orang tidak mengira darjat atau pangkat wajib mematuhi arahan yang dikenakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti penegasan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob “Saya harap masing-masing mempunyai…

Read More

Bawalah mereka pulang!

 APABILA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masuk fasa ketiga ini, dan mungkin berlanjutan lagi, eloklah mereka yang ‘terperangkap’ sama ada di kampung atau kota ‘dibebaskan’ secara bersyarat. Mereka yang sudah lebih tiga minggu terpisah dengan keluarga perlu diketemukan semula. Bukan sahaja golongan pelajar termasuk di institusi pengajian tinggi tetapi juga mereka yang mungkin sebenarnya sebagai ketua keluarga. Ada suami, bapa, isteri, kakak, abang dan siapa sahaja yang mungkin menjadi ketua keluarga tetapi terpisah akibat peraturan PKP. Mungkin ketika pengumuman PKP fasa pertama, ada yang selain bercuti balik kampung, mereka juga mungkin…

Read More

Maro @ duduk dUmoh 22

BIASANYA petang tetapi hari ini, awal Norkamaro Mohd Noor @ Maro menyiapkan kartunnya. Macam Mamak Cyber buka warung pagi-pagi.  Ini siri  yang ke-22 kartunnya DUDUK DUMOH DIAM-DIAM, kisah berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya pernah bertanya mampukah setiap hari menghasilkan kartun di bawah siri berkenaan tetapi sahabatnya menjawab Maro banyak idea. Saya setuju, jika tidak mana mungkin Mamak Cyber muncul lima hari seminggu di Utusan Malaysia. Itu belum kira Malaysia Kita. Di samping idea, duduk di rumah sepanjang hari lebih memudahkan penghasilan karyanya. Saya percaya beliau mampu menyambung karya untuk…

Read More

364 kes di Saudi, 90 Makkah

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mengesahkan 364 kes baharu positif Covid-19 dan tiga kematian semalam, Jumaat 10 April. Jumlah keseluruhan kes di negara itu kini 3,651, di mana 2,919 masih aktif. Daripada jumlah itu, 90 kes direkodkan di Makkah, 78 di Madinah, 69 Riyadh, dan 54 di Jeddah. Jumlah kematian pula meningkat kepada 47, sementara kes pulih 685. Perangkaan yang ditunjukkan setakat ini belum memuncak tetapi bertambah dengan pantas. Sebelum ini kementerian dalam empat kajian yang dibuat menjangkakan kes dijangka mencecah 10,000 hingga 200,000 kes.dalam tempoh beberapa minggu. Justeru, jurucakap kementerian…

Read More

Tabung Khas ASEAN Covid-19

BANGKOK: Menteri-Menteri Luar ASEAN bersetuju mewujudkan Tabung Khas ASEAN Covid-19 bagi memerangi pandemik Covid-19 di rantau itu. Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan menyatakan penubuhan tabung berkenaan merupakan salah satu daripada hasil yang dicapai semasa Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-25 melalui sidang televideo pada Khamis. Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai dan rakan sejawatannya menyertai mesyuarat sidang televideo itu termasuk Menteri Luar Malaysia, Hishammuddin Hussein. Kementerian Luar memaklumkan tabung itu akan digunakan untuk membeli kelengkapan perubatan dan menyokong penyelidikan dalam rawatan dan vaksin. Semua Menteri Luar ASEAN bersetuju untuk bergabung dalam…

Read More