364 kes di Saudi, 90 Makkah

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mengesahkan 364 kes baharu positif Covid-19 dan tiga kematian semalam, Jumaat 10 April.

Jumlah keseluruhan kes di negara itu kini 3,651, di mana 2,919 masih aktif.

Daripada jumlah itu, 90 kes direkodkan di Makkah, 78 di Madinah, 69 Riyadh, dan 54 di Jeddah.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 47, sementara kes pulih 685.

Perangkaan yang ditunjukkan setakat ini belum memuncak tetapi bertambah dengan pantas.

Sebelum ini kementerian dalam empat kajian yang dibuat menjangkakan kes dijangka mencecah 10,000 hingga 200,000 kes.dalam tempoh beberapa minggu.

Justeru, jurucakap kementerian mengingatkan orang ramai supaya duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial bagi menghalang penyebaran wabak itu.

Related posts

Leave a Comment