Maro @ duduk dUmoh 22

BIASANYA petang tetapi hari ini, awal Norkamaro Mohd Noor @ Maro menyiapkan kartunnya. Macam Mamak Cyber buka warung pagi-pagi.  Ini siri  yang ke-22 kartunnya DUDUK DUMOH DIAM-DIAM, kisah berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saya pernah bertanya mampukah setiap hari menghasilkan kartun di bawah siri berkenaan tetapi sahabatnya menjawab Maro banyak idea. Saya setuju, jika tidak mana mungkin Mamak Cyber muncul lima hari seminggu di Utusan Malaysia. Itu belum kira Malaysia Kita.

Di samping idea, duduk di rumah sepanjang hari lebih memudahkan penghasilan karyanya. Saya percaya beliau mampu menyambung karya untuk tempoh dua minggu lagi selepas fasa kedua PKP berakhir 14 April ini. Malahan lebih banyak idea yang bakal muncul.

Maro mungkin tidak penat menghasilkan karyanya kerana itu satu kepuasan bagi seseorang yang minat terhadap bidang yang diceburi. Mungkin yang penat PM kita tak henti-henti menasihatkan kita duduk di rumah bagi menghentikan rantaian Covid-19.

Dan pastinya orang rumah kita juga penat yang terpaksa menggandakan tugasnya di dapur sepanjang PKP – memasak, pagi, petang dan mungkin sampai malam.

Bagi yang terlepas mengikuti karya Maro sebelum ini bolehlah rujuk selak-selak.com di ruangan SANTAI. Di situ ada tersimpan karyanya.

Terima kasih Maro kerana menghiburkan kami pada waktu PKP ini. Terubat rindu kepada Mamak Cyber, dah lama tak pekena teh tarik. Harap-harap, Mamak Cyber akan muncul dalam siri Duduk Dumoh Diam-Diam ini. Mungkin mamak tersasul pacak gerai bazar Ramadan!

Related posts

Leave a Comment