19,800 dikuarantin di dua asrama pekerja di Singapura

SINGAPURA: Sebanyak 120 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Singapura pada Ahad, sekali gus merekodkan peningkatan kes harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik itu pada Januari lalu. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara itu mencecah 1,309. Daripada jumlah tersebut, empat kes baharu dikesan membabitkan kes import, sementara selebihnya adalah kes jangkitan tempatan. Pasukan petugas Covid-19 yang terdiri daripada pelbagai kementerian dalam sidang media memaklumkan sejumlah besar kes baharu adalah daripada dua kluster sedia ada iaitu pekerja asrama di Punggol dan Westlite Toh Guan. Setakat ini, Punggol…

Read More

Kes meningkat di Indonesia

JAKARTA 5 April – Indonesia mencatatkan tujuh lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah setakat ini ialah 198, manakala kes positif Covid-19 bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini meningkat kepada 2, 273. Jurucakap pemerintah Indonesia berkata, Jakarta masih menjadi provinsi tertinggi mencatat kematian akibat Covid-19 iaitu sebanyak 95 kes. Pemerintah Indonesia tidak mengenakan larangan keluar rumah bagi menangani pandemik Covid-19 namun kekal menekankan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) dalam semua aspek aktiviti masyarakat untuk mencegah penularan virus itu. “Mulai hari ini, pemerintah juga menasihatkan seluruh rakyat Indonesia…

Read More

102 kes baharu di Thailand

BANGKOK 5 April – Thailand mencatatkan 102 kes baharu Covid-19 dan tiga lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  2,169 kes dan 23 kematian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, tiga kematian itu termasuk warganegara Switzerland berusia 82 tahun yang mempunyai sejarah sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Dua lagi lelaki Thailand berumur 46 tahun yang pulang dari London dan lelaki Thailand yang merupakan pekerja pembinaan berumur 30 tahun. “Setakat hari ini, sebanyak 11 provinsi di negara ini bebas Covid-19, termasuk Satun, Ranong, Trat dan Nan,” katanya dalam taklimat harian mengenai Covid-19 hari…

Read More

Tiada kes baharu di Brunei

BRUNEI Darussalam tidak mencatatkan sebarang kes baharu Covid-19 hari ini sebaliknya tujuh kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan pulih dan dibenarkan pulang. Menurut siaran akhbar Kementerian  Kesihatan Brunei Darussalam, kes positif kekal 135. Setakat ini 73 orang sembuh manakala 61 lagi masih dirawat dimana tiga daripadanya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin pernafasan. Sementara itu jumlah keseluruhan yang menjalani kuarantin adalah 2,065 orang dan 280 orang masih dikuarantin. Seramai 113 orang lagi telah menamatkan tempoh pengasingan menjadikan 326 orang selesai menjalani perintah itu dan dibenarkan pulang.

Read More

Malaysia catat 179 kes baharu

PUTRAJAYA : Empat kematian dan 179 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian di skeuruh negara 61 serta 3,662 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 12 tengah hari, daripada 179 kes, 46 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling. Sehingga kini, seramai 99 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak 90 kes pulih dan dibenarkan pulang. .Kes kematian ke-58 (kes ke-2210) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis…

Read More

India catat 3,378 kes

INDIA setakat ini (Ahad) telah mencatatkan 3,378 kes positif Covid-19 dengan Jumlah kematian 77 orang. Sebanyak 3,030 kes aktif dan 272 pesakit dibenar keluar hospital. Kebanyakan kes dilaporkan di negeri Maharashtra, Tamil Nadu, New Delhi, Kerala, Uttar Pradesh dan Rajasthan. Menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India, 79,950 sampel sudah diuji pada 9 malam, 4 April. Pakar percaya jumlah kes mungkin lebih tinggi di negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu. Kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan selama 21 hari bermula 25 Mac lalu. Kompleks perniagaan, pasar, restoran, pawagam dan pengangkutan awam tidak…

Read More

Penjelasan 3:3:3333:33:33

PENJELASAN ANGKA 3 : 3 APRIL, 3 KEMATIAN, 3333 KES, AYAT 33 & SURAH 33 KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular di media sosial mengaitkan tafsiran ayat al-Quran yang dikatakan mempunyai maksud berkaitan dengan penularan wabak Covid-19. Pelbagai persoalan bermain di minda warganet sama ada ia benar ataupun tidak. Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan di Facebook berkata mereka yang membuat kenyataan itu telah melakukan pemesongan di luar konteks terhadap ayat-ayat kalam Allah SWT tanpa sandaran ilmu yang benar. “Tular di media maya berkaitan perkara ini yang secara langsung mengaitkan nas…

Read More

Penafian berita tular

BERIKUT senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada 9 pagi, Ahad.   1. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan kebenaran video yang memaparkan kononnya keadaan di sebuah pusat kuarantin dalam keadaan daif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.   2. Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan kenaikan peratusan panggilan ke Talian Kasih sebanyak 57 peratus, walhal peningkatan itu sebenarnya turut merangkumi kategori…

Read More

Sepanyol lanjut lockdown

SEPANYOL pula mengatasi Itali berhubung jangkitan Covid-19 apabila jumlah kes mencecah 124,736 pada Sabtu berbanding Itali sebanyak 124,632, lapor agensi berita Xinhua. Menduduki tangga kedua, Sepanyol melaporkan 809 kematian baharu antara Jumaat dan Sabtu, menjadikan keseluruhan 11,744 kes. Manakala kes baharu dicatatkan pada Sabtu sebanyak 7,026 sedikit menurun berbanding Jumaat berjumlah 7,472. Berikutan perkembangan itu, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mengumumkan negara itu akan meneruskan lockdown yang lebih ketat sehingga sekurang-kurangnya 25 April. “Objektif utama adalah meratakan lengkung penularan. Kita semakin hampir. Bagaimanapun saya merayu semua pihak sedia berkorban dan bersemangat…

Read More