PUTRAJAYA : Empat kematian dan 179 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian di skeuruh negara 61 serta 3,662 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 12 tengah hari, daripada 179 kes, 46 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling.
Sehingga kini, seramai 99 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 90 kes pulih dan dibenarkan pulang.
.Kes kematian ke-58 (kes ke-2210) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-1031). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 1.37 tengah hari.
Kes kematian ke-59 (kes ke-3484) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 3.40 petang.
Kes kematian ke-60 (kes ke-3073) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 12.39 pagi.
Kes kematian ke-61 (kes ke-2200) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 9.36 malam.