102 kes baharu di Thailand

BANGKOK 5 April – Thailand mencatatkan 102 kes baharu Covid-19 dan tiga lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  2,169 kes dan 23 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, tiga kematian itu termasuk warganegara Switzerland berusia 82 tahun yang mempunyai sejarah sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Dua lagi lelaki Thailand berumur 46 tahun yang pulang dari London dan lelaki Thailand yang merupakan pekerja pembinaan berumur 30 tahun.

“Setakat hari ini, sebanyak 11 provinsi di negara ini bebas Covid-19, termasuk Satun, Ranong, Trat dan Nan,” katanya dalam taklimat harian mengenai Covid-19 hari ini.

Setakat ini, sebanyak 674 pesakit telah sembuh dan discaj manakala 1,472 masih dirawat di hospital.

Mengenai perintah berkurung dari 10 malam hingga 4 pagi yang dikuatkuasakan sejak Jumaat (3 April), Thaweesilp berkata pihak berkuasa telah mewujudkan 634 pusat pemeriksaan di 77 provinsi di negara ini dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19.

Sebanyak 677 orang didapati telah melanggar perintah berkurung dengan 325 daripada mereka telah didakwa di mahkamah.

Related posts

Leave a Comment