Kes meningkat di Indonesia

JAKARTA 5 April – Indonesia mencatatkan tujuh lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah setakat ini ialah 198, manakala kes positif Covid-19 bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini meningkat kepada 2, 273.

Jurucakap pemerintah Indonesia berkata, Jakarta masih menjadi provinsi tertinggi mencatat kematian akibat Covid-19 iaitu sebanyak 95 kes.

Pemerintah Indonesia tidak mengenakan larangan keluar rumah bagi menangani pandemik Covid-19 namun kekal menekankan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) dalam semua aspek aktiviti masyarakat untuk mencegah penularan virus itu.

“Mulai hari ini, pemerintah juga menasihatkan seluruh rakyat Indonesia memakai penutup muka kain, yang maksimum 4 jam digunakan sebelum dicuci untuk kegunaan semula,” katanya.

Pada 31 Mac lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo menetapkan bahawa Indonesia berstatus darurat atau kecemasan kesihatan susulan penularan wabak Covid-19 dan memerintahkan pelaksanaan PSBB.

Sekalipun tiada larangan keluar rumah, Jakarta kini “sepi” berikutan kempen ‘duduk dinrumah aja’.

Beberapa langkah yang dilakukan secara berperingkat sejak 16 Mac lepas adalah penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan selain arahan bekerja dari rumah bagi sektor tidak kritikal, larangan berhimpun atau berkumpul dalam skala besar dan pembatasan penggunaan pengangkutan awam.

 

Related posts

Leave a Comment