India catat 3,378 kes

INDIA setakat ini (Ahad) telah mencatatkan 3,378 kes positif Covid-19 dengan Jumlah kematian 77 orang.
Sebanyak 3,030 kes aktif dan 272 pesakit dibenar keluar hospital.
Kebanyakan kes dilaporkan di negeri Maharashtra, Tamil Nadu, New Delhi, Kerala, Uttar Pradesh dan Rajasthan.
Menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India, 79,950 sampel sudah diuji pada 9 malam, 4 April.
Pakar percaya jumlah kes mungkin lebih tinggi di negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu.
Kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan selama 21 hari bermula 25 Mac lalu.
Kompleks perniagaan, pasar, restoran, pawagam dan pengangkutan awam tidak dibenarkan beroperasi. 

Related posts

Leave a Comment