Tiada kes baharu di Brunei

BRUNEI Darussalam tidak mencatatkan sebarang kes baharu Covid-19 hari ini sebaliknya tujuh kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan pulih dan dibenarkan pulang.

Menurut siaran akhbar Kementerian  Kesihatan Brunei Darussalam, kes positif kekal 135.

Setakat ini 73 orang sembuh manakala 61 lagi masih dirawat dimana tiga daripadanya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Sementara itu jumlah keseluruhan yang menjalani kuarantin adalah 2,065 orang dan 280 orang masih dikuarantin.

Seramai 113 orang lagi telah menamatkan tempoh pengasingan menjadikan 326 orang selesai menjalani perintah itu dan dibenarkan pulang.

Related posts

Leave a Comment