PKP : Jangan berulang lagi ‘kesilapan’ 17 Mac

UCAPAN yang berterus terang. Mesejnya lebih jelas supaya matlamat serta tujuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) benar-benar difahami dan dipatuhi. Bermula dengan pertanyaan ‘apa khabar’ pada hari kelapan PKP,  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkahirinya dengan doa supaya kita dilindungi wabak ini. Ini amat berbeza dengan ucapan pertama semasa mengumumkan PKP. Akibat tidak jelas atau tidak ‘faham’, ramai yang ‘panik’ menyebabkan orang ramai kelam kabut membeli-belah serta balik kampung. Berkecai hasrat untuk mengelakkan pergerakan secara beramai-ramai. Situasi itu menyebabkan Perdana Menteri terpaksa muncul semula keesokannya untuk memperingatkan mengenai tujuan dan…

Read More

Covid-19 : 172 kes, empat kematian

PUTRAJAYA, : Sebanyak 172 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,796 kes, manakala kematian akibat wabak itu meningkat kepada 19 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan siasatan awal, daripada 172 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 71 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling. “Manakala baki 101 kes masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini.  Sehingga kini sebanyak 45 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu,…

Read More

Maro @ duduk dUmoh 06

Dalam sinis karya Maro hari ini ada kebenarannya. Lapangan terbang sunyi. Ada kapal terbang tetapi tidak boleh terbang kerana tidak ada penumpang. Penumpang pula tidak boleh ke mana-mana kerana kebanyakan pintu masuk negara-negara yang sering dilawati pengunjung ditutup. Di ruang udara, bagi mereka yang tinggal di kawasan laluan kapal terbang akan terasa betapa sunyinya ruang udara. Biasanya siang malam boleh sahaja kelihatan pesawat di udara. Bukan satu tetapi tiga empat pesawat melintas di udara melalui pelbagai arah. Kini untuk melihat pesawat pun susah. Begitulah penangan wabak Covid-19.

Read More

95 peratus peserta tabligh disaring

KUALA LUMPUR : Sebanyak 95 peratus peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di sini tampil membuat saringan kesihatan bagi Covid-19, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador. Katanya, baki lima peratus lagi sedang dijejaki untuk memastikan mereka juga tampil membuat saringan Covid-19. Beliau berkara polis menubuhkan pasukan petugas melibatkan pegawai  dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di semua peringkat daerah dan kontinjen polis negeri dalam usaha mengesan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut dari 28 Feb hingga 1 Mac lalu. “Hasil usaha ‘task force’ (pasukan petugas) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami telah…

Read More

Duduk di rumah hingga 14 April

RAKYAT Malaysia akan duduk lebih lama di rumah apabila kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini sehingga 14 April 2020. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara yang menunjukkan trend semasa kes-kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku. Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun dan menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama. “Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan…

Read More

Tangguh bayaran balik pinjaman

PERDANA Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan beban rakyat terutama yang mempunyia pinjaman dengan institusi kewangan. Katanya, kerajaan sedar, impak wabak Covid-19 ini bukan hanya menimbulkan keresahan dari segi kesihatan dan kesejahteraan, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan ini juga menimbulkan keresahan rakyat dari segi kewangan. Antara perkara utama yang menimbulkan keresahan ini ialah pembayaran balik pinjaman bank, baik dari segi peminjam persendirian mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak ini. Sehubungan itu, beberapa sessi perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank…

Read More

Mendepani musuh tanpa wajah

SELAMAT MENYAMBUT PERINGATAN HARI POLIS SELAMAT menyambut Peringatan Hari Polis ke-213. Pada hari ini, tiada sambutan seperti masa lalu kerana negara sedang berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan iaitu Covid-19. Akibat wabak ini, polis juga perlu menghormati dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Kerajaan. Sebelum ini, 25 Mac dilihat sebagai tarikh keramat untuk mengenang jasa dan pengorbanan wira-wira terdahulu yang berjuang demi kedaulatan dan keamanan negara tetapi pada tahun ini meraikan pengorbanan warga PDRM, yang sanggup mengenepikan keselamatan diri sendiri, demi melindungi masyarakat daripada ancaman wabak maut…

Read More

1.3 bilion berkurung di India

NEW DELHI: India yang mempunyai 1.3 bilion penduduk turut mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung di seluruh negara bagi membendung wabak Covid-19. Perdana Menteri Narendra Modi dalam perutusannya melalui televisyen malam tadi berkata, perintah berkurung selama tiga minggu itu bermula pada pukul 12 tengah malam Selasa waktu tempatan. “Untuk selamatkan India, rakyat, anda dan keluarga anda… semua jalan dan kawasan kejiranan akan ditutup,” katanya. Beliau memberi amaran jika India tidak dapat menguruskan pandemik ini dalam masa 21 hari akan datang, negara dan penduduknya akan kembali semula kepada 21 tahun lalu, dan banyak…

Read More

Tabung bantuan Covid-19

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19 mendorong pelbagai pihak memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan barangan. Pelbagai tabung disediakan sama ada oleh agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pilihlah mana satu bagi membantu mereka yang memerlukan akibat terjejas dengan pandemik yang melanda negara 1. Tabung Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Inisiatif kerajaan membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan. Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).…

Read More