Singapura catat 47 kes baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 47 kes baharu Covid-19 di negara itu sehingga 12 tengah hari ini menjadikan 926 kes. Daripada jumlah itu, 16 kes import yang mempunyai sejarah lawatan ke luar negara termasuk Australia, Eropah, ASEAN dan bahagian lain di Asia  manakala 31 berkaitan kes tempatan atau kluster. MOH juga memaklumkan sebanyak 12 kes sudah pulih dan secara keseluruhannya, 240 kes telah pulih dan dibenarkan keluar hospital. Sementara itu, di YANGON, Myanmar  melaporkan kes kematian pertama akibat penyakit Covid-19, membabitkan pesakit kanser nasal, lapor agensi berita Anadolu. Berusia 69…

Read More

Darurat kesihatan di Indonesia

JAKARTA, 31 Mac –  Indonesia kini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan, dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mengorbankan 136 nyawa di negara itu. Presiden Indonesia, Joko Widodo memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat bagi menangani penularan virus tersebut. “Kita harus belajar pengalaman negara lain (dalam menangani Covid-19) tetapi tidak meniru sebegitu saja (bulat-bulat sahaja). “Setiap negara ada ciri-ciri khas masing-masing, keluasan wilayah, jumlah penduduk, kedisiplinan, kondisi geografi, budaya, perekonomi budaya, keekonomian masyarakat, kemampuan fiskal dan lain-lain yang perlu diambil kira,” katanya di Istana Presiden Bogor yang  disiarkan…

Read More

Dua kes baharu di Brunei

DUA kes positif Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam hari ini menjadikan jumlah kes 129 orang. Kes 128 merupakan isteri kepada kes 111 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan tetapi  menunjukkan gejala sakit kepala dan selesema pada 27 mac. Kes 129 pula berumur 25 tahun yang pulang dari Phuket pada 20 Mac dengan pesawat BI 520 (tempat diduk 33H) serta mengalami demam panas pada 30 Mac. Menurut kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Brunei, tujuh kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan telah sembuh dan dibenarkan pulang. Setakat ini 83 orang sedang dirawat di…

Read More

6 kematian, 140 kes baharu

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan enam lagi kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43 kematian sehingga 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 140 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 2,766 kes. “Sehingga kini, seramai 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau…

Read More

Lagi kajian punca Covid-19

KELAWAR dan tenggiling terus dikaitkan dengan Covid-19 apabila sekumpulan saintis antarabangsa mendapati virus SARS-CoV-2 berkemungkinan berasal daripada gabungan semula antara virus yang menjangkiti dua binatang liar itu. Beberapa hasil kajian oleh penganalisis genom, menunjukkan virus Covid-19 berasal daripada kumpulan Betakoronavirus iaitu hampir sama dengan SARS-CoV yang telah dikenalpasti menyebabkan epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sekitar tahun 2002 hingga 2003. Menurut World Economic Forum, sejak bermulanya epidemik SARS yang tercetus di Guangdong, China dan kemudian merebak ke 29 buah negara, Betakoronavirus turut dikesan pada kelawar serta manusia. Kajian membuktikan bahawa…

Read More

7 ADUN dilantik Exco

IPOH 31 Mac  – Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Kinta di sini, hari ini.  Tiga daripadanya adalah daripada UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin (Kampong Gajah) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup). Pas diwakili Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal Kamaruddin (Selama).  Dua lagi ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi…

Read More

Tangani perasaan, elak masalah kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Bimbang, risau, takut dan cemas kerana pandemik wabak COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Itu merupakan simptom normal manusia ketika keadaan krisis, namun ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan mental jika perasaan itu berpanjangan dan tidak dikawal serta ditangani dengan betul. Pensyarah Kanan Unit Pakar Kesejahteraan dan Kaunseling (PKPK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai berkata oleh itu, rakyat Malaysia harus mengamalkan pemakanan sihat, bersenam di rumah dan berhubung dengan orang lain melalui media sosial ketika PKP. “Masyarakat juga akan terus mempunyai perasaan cemas dan…

Read More

‘Health tag’ bukan jalan keluar

KUALA LUMPUR: Pusat Racun Negara (PRN) menjelaskan tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku apabila seseorang itu menggantung kad kesihatan (health tag) yang mengandungi bahan kimia klorin dioksida (chlorine dioxide). Menurut catatan di laman Facebook PRN , gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi Covid-19. Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah. “Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan…

Read More

Sistem kesihatan kukuh pertahanan terbaik

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membentangkan garis panduan bagi membantu negara mengekalkan perkhidmatan utama sektor kesihatan dalam usaha mereka menangani penularan Covid-19. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, adalah penting bagi sektor kesihatan mengekalkan akses kepada perkhidmatan kesihatan penting yang berkualiti, rutin imunisasi, serta penjagaan bagi ibu mengandung dan bersalin. Selain itu, persediaan rawatan bagi penyakit berjangkit dan yang tidak berjangkit, kesihatan mental, dan perkhidmatan derma darah juga perlu diberi perhatian. Beliau menegaskan, pertahanan yang terbaik bagi penularan wabak adalah dengan adanya sistem kesihatan yang kukuh. “Covid-19 mencerminkan betapa…

Read More