Tabung bantuan Covid-19

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19 mendorong pelbagai pihak memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan barangan.

Pelbagai tabung disediakan sama ada oleh agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pilihlah mana satu bagi membantu mereka yang memerlukan akibat terjejas dengan pandemik yang melanda negara

1. Tabung Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Inisiatif kerajaan membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan. Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).
Mereka yang layak perlu memuat turun dokumen di laman web www.nadma.gov.my dan permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA.

2. Tabung Musa’adah Covid-19 Jakim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri melancarkan tabung ini bertujuan membantu kerajaan meringankan beban pihak yang terjejas akibat pandemik ini. Orang ramai boleh membuat sumbangan kewangan melalui nombor akuan 16027010001528 Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Tabung Bencana Alam sama ada melalui transaksi atas talian perbankan internet, deposit di mesin ATM dan sebagainya dengan Rujukan Derma Covid-19.⁣

3. Tabung COVID-19 MedTweetMY
Sebuah organisasi berkaitan kesihatan, Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY), melancarkan tabung khas bagi memberi bantuan dan sokongan kepada semua petugas barisan hadapan negara seperti kakitangan hospital dan pasukan keselamatan. Menerusi perkongsian organisasi itu di akaun rasmi Twitter, sumbangan boleh dibuat kepada nombor akaun yang tertera.

4. Mercy Malaysia
Mercy Malaysia melancarkan Tabung Pandemik COVID-19 untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan yang mengalami tekanan yang teruk berikutan penularan wabak itu dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.Sumbangan boleh dibuat melalui www.mercy.org.my atau terus kepada MERCY Humanitarian Fund (5621 7950 4126) atau MERCY Malaysia (CIMB 8000-7929-08).

5. Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian
Akhbar Sinar Harian melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu petugas di barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam mengekang penularan pandemik COVID-19. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 013-4228802 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).

6. Bantuan Kemanusiaan Covid-19 Media Prima Bhd
Syarikat penyiaran, MEDIA Prima Bhd melancarkan Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP bagi membantu kerajaan terutamanya dalam merawat pesakit dan membantu mereka yang terjejas. Sumbangan boleh dibuat melalui cek, perbankan dalam talian atau deposit kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (MAYBANK: 5141-0532-3170).
Untuk pengeluaran resit, penderma boleh mengemel slip transaksi bank dengan menyatakan COVID-19 kepada communications@mediaprima.com.my.

7. Tabung PERWIRA COVID-19 Aman Palestin
Pertubuhan bukan kerajaan, Aman Palestin turut melancarkan Tabung PERWIRA COVID-19 bertujuan mengumpul dana untuk menyalurkan bantuan keperluan hospital dan petugas serta bantuan asas kesihatan seperti pakaian pelindung (PPE), topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
Bantuan boleh disalurkan ke akaun Aman Palestin Berhad seperti berikut:
Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 CIMB: 8600460353

Related posts

Leave a Comment