Kes harian Arab Saudi 97

RIYADH 8 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah kes di bawah 100 iaitu 97 .

Menurut Kementerian Kesihatan,  jumlah kematian juga turut berkurangan dengan empat orang meninggal dunia.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 363,582 dengan kematian pula seramai 6,282 orang dan kes aktif 2,092 di mana  309 kritikal.

Pada masa yang sama, sebanyak 171 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah pesakit pulih sebanyak 355,208 atau 97.69 peratus.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 46 diikuti Makkah 20 dan wilayah Timur sebanyak 15 kes.

Related posts

Leave a Comment