Kenapa tiada khutbah khusus Coronavirus?

HARI ini sudah masuk Jumaat kedua isu coronavirus diperkatakan. Malahan kes jangkitan semakin meningkat khususnya di China. Begitu juga jumlah kematian yang mencecah 213 prang sementara negara yang terkesan meningkat kepada 23. Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengumumkan coronavirus sebagai darurat kesihatan awam global apabila ia telah merebak ke 18 negara.  Menurut data terbaharu WHO, sebahagian besar daripada lebih 7,800 kes dikesan di peringkat global di mana virus itu mula dikesan di sebuah pasar hidupan liar haram di bandaraya Wuhan. Bagaimanapun 100 kes telah muncul di negara lain, menyebabkan…

Read More

Kematian di China meningkat

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 213, selepas wilayah Hubei melaporkan 43 kematian terbaharu hari ini. Perangkaan terkini itu menandakan jumlah kematian semakin meningkat setiap hari, walaupun pelbagai langkah pencegahan dilaksanakan Hubei sejak seminggu lalu. Semalam, pihak berkuasa kesihatan China melaporkan 38 kematian, termasuk satu di luar Hubei. Hubei hari ini turut mengesahkan 1,220 kes terbaharu, iaitu peningkatan berbanding hari sebelumnya. Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan coronavirus yang telah mengakibatkan kematian lebih 170 orang di China sebagai darurat kesihatan awam global apabila ia telah merebak…

Read More

Kematian meningkat

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Jumlah kematian akibat koronavirus di China meningkat sebanyak 37 kes menjadikan jumlah kematian kini mencecah 170 orang setakat ini. Suruhanjaya Kesihatan di Wilayah Hubei, China pada Khamis mengesahkan setakat ini sebanyak 7,816 (sehingga 12 tengah hari) kes telah dikesan. Di Hubei, sebanyak 1,032 lagi kes baharu telah disahkan  menjadikan jumlah tersebut melonjak hingga 4,586 kes. Jumlah negara yang terkesan dengan virus ini adalah 20. Sementara itu, di Geneva, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  berkata, pihaknya akan berbincang dengan pakar-pakar pada Khamis (hari ini) untuk…

Read More

Berita palsu, 4 lagi ditahan

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Empat lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak coronavirus 2019-nCov ditahan dalam operasi berasingan sekitar Melaka, Kedah dan Pahang hari ini. Operasi dijalankan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara jam 11 pagi hingga 5 petang tadi. SKMM dalam kenyataannya, berkata mereka yang ditahan adalah seorang tutor sambilan berusia 49 tahun di Alor Setar, Kedah yang memuat naik kandungan palsu 2019-nCov di laman sosial Facebook miliknya, Sabtu lalu. Dua lagi yang ditahan di Melaka adalah…

Read More

Kes di China meningkat

BEIJING — Jumlah kes novel koronavirus yang disahkan di China mencecah 5,974 dengan kematian meningkat 132 orang. Agensi berita Sputnik melaporkan, sehari sebelum itu, terdapat 4,515 kes koronavirus yang disahkan dan 106 kematian. Pihak berkuasa kesihatan melaporkan falam tempoh 24 jam lalu, 1,459 kes baharu dengan 26 kematian dicatatkan di mana  25 di wilayah Hubei. Pada tengah malam 28 Januari (16:00 GMT), kira-kira 5,974 kes yang disahkan dilaporkan membabitkan 59 wilayah, seramai 1,239 pesakit berada dalam keadaan kritikal, 132 meninggal dunia manakala 103 orang dibenarkan keluar hospital. Kes jangkitan turut…

Read More

Tiga kes baharu

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Tiga lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan, menjadikan jumlah yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan   awal pagi ini berkata, kesemua tujuh kes itu melibatkan warganegara China. Tiga kes positif terbaharu itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi; seorang lelaki berusia 52 tahun yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan seorang wanita. Wanita itu terdahulunya berstatus negatif tetapi…

Read More