PM hadir Mesyuarat Khas Pembangunan Kedah

ALOR SETAR 4 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini.

Kedua-dua pemimpin itu tiba bersama-sama di Wisma Darul Aman pada 5.40 petang dan disambut beberapa menteri Kabinet dan Exco kerajaan negeri.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Difahamkan, dalam mesyuarat lebih sejam itu Perdana Menteri diberikan taklimat berkaitan projek-projek pembangunan Persekutuan yang sedang dilaksanakan di seluruh Kedah.

Nnn

Related posts

Leave a Comment