Semua pihak perlu beri komitmen hadapi ancaman

SYABAS kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menghalang cubaan pihak ‘Negara Islam’ (IS) melakukan serangan ke atas negara ini. KecekapanPDRM diharap membuka mata  semua pihak bagaimana IS mampu mengancam keselamatan negara. Bayangkan jika rancangan itu menjadi kenyataan. Bukan sahaja di dalam negara akan kecoh malahan menjadi bualan masyarakat antarabangsa mengenai tahap keselamatan di dalam negara. Memang bukan mudah untuk mengenali musuh lebih-lebih lagi ‘musuh dalam selimut’ dan ‘musang berbulu ayam’. Kehadiran ancaman seperti ini sudah tentulah menambah beban anggota PDRM. Kita sedar, tugas berat yang dihadapi oleh PDRM bukan…

Read More

Pemandu, penumpang nak ikut siapa…SPAD atau Kabinet

PEMANDU teksi adalah rakyat, pengguna juga rakyat. Ditelan mati emak diluah mati bapa. Serba salah jadinya apabila kerajaan berhadapan dengan isu kenaikan tambang teksi. Kalau terlajak teksi, boleh lagi undur atau buat ‘pusingan u’ tetapi apabila terlajak buat pengumuman, buruk padahnya. Ramai yang keliru. Pemandu teksi dan pengguna/ penumpang pun keliru apabila timbul arahan supaya kadar baharu tambang pengangkutan awam darat itu ditangguhkan. Pemandu teksi mahu meneruskan penggunaan tambang baharu walaupun Kabinet bersetuju menangguhkannya. Apa cerita semuanya ini? Siapa yang bersalah dalam hal ini sehingga rakyat (pemandu dan pengguna) menjadi…

Read More

Pengeluar dan pengguna sama-sama berkuasa

HARGA runcit petrol naik mulai semalam selepas diturunkan pada 1 Februari lalu. Lewat petang hari Sabtu lalu, berduyun- duyun pemilik kenderaan ke stesen minyak untuk menyertai operasi ‘isi penuh’ tangki. Sekurang-kurangnya mendapat harga rendah untuk keperluan satu atau dua hari. Pengusaha stesen minyak yang ‘pening kepala’ dan tidak ‘cukup pam’ untuk melayan kunjungan pengguna. Ketika itulah ada pengusaha tidak menerima kad kredit, ada had ditetapkan, ada yang kata stok habis dan ada juga yang tutup lebih awal. Situasi ini akan berterusan untuk setiap bulan. Bezanya sama ada naik atau turun.…

Read More