Kes cacar monyet pertama Filipina

MANILA 29 Julai – Filipina mengesan kes pertama cacar monyet pada seorang individu  yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Pemangku setiausaha untuk Jabatan Kesihatan, Beverly Ho yang tidak menyatakan jantina kes hanya menyatakan usia mangsa 31 tahun dan diuji positif semalam selepas ujian RT-PCR.

“Kes itu pernah melakukan perjalanan ke negara yang mempunyai kes cacar monyet yang didokumenkan,” Ho.

Seramai 10 kenalan rapat direkodkan, di mana tiga daripadanya adalah dari rumah yang sama. Semua dinasihatkan supaya kuarantin dan dipantau oleh jabatan.

Ho berkata Filipina bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan vaksin cacar monyet

Lonjakan jangkitan cacar monyet telah dilaporkan sejak Mei di luar negara Barat dan Afrika Tengah di mana penyakit itu telah lama menjadi endemik.

Related posts

Leave a Comment