KUALA LUMPUR 30 April – Mulai 9 Mac 2024 sehingga 8 Mac 2026, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dilantik sebagai Pengerusi baharu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun. Baginda menggantikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tamat menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI selama dua tahun. Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 walaupun terdapat titah agar Sultan Selangor menyambung khidmat dua tahun lagi. Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin bertegas untuk mengundur…
Read MoreDay: April 30, 2024
38,729 pemilih baharu didaftar Mac
PUTRAJAYA 30 April – Sebanyak 38,729 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mac 2024 hingga 31 Mac 2024 didaftarkan secara automatik sebagai pemilih berbanding 33,983 nama dalam tempoh 1 hingga 29 Februari lalu. Susulan itu, Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, selain pemilih baharu, DPT BLN3/2024 juga mengandungi 6,282 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,737 bertukar status atau…
Read MoreAndalusia penuhi impian OKU penglihatan
SEPANG 30 April – Terima kasih Andalusia! Itulah reaksi jemaah orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejurus mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini setelah berjaya menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Walaupun cacat penglihatan, 30 jemaah umrah ini dapat melakukan ibadah seperti orang normal, cuma yang membezakan adalah mereka tidak dapat melihat bagaimana rupa Kaabah walaupun hanya diberitahu ia berbentuk empat segi. Bagaimanapun mereka memiliki kelebihan tersendiri di mana kumpulan OKU yang terdiri daripada 20 individu buta sepenuhnya dapat merasai atau memegang Kaabah yang…
Read MorePapagomo ditahan, disyaki aib Agong
KUALA LUMPUR 30 April – Polis menahan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, hari ini, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan Wan Muhammad Azri didakwa mempersoalkan tindakan YDPA bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara. Hantaran video itu turut dikatakan mendakwa bahawa baginda mengarahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, 45, dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan. Sementara itu, Ketua Polis Negara Razarudin…
Read MoreChegu Bard didakwa isu kasino Forest City
JOHOR BAHRU 30 April – Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerbitkan kenyataan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial, Jumaat lalu. Bagaimanapun, Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Rasidah Roslee. Mengikut pertuduhan, Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU itu didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi akaun Facebook atas nama Che GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pukul 6.30 petang, 26 April lalu. Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta…
Read MoreMB Perlis tidak direman
KANGAR 30 April – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibenarkan pulang dan tidak ditahan reman selepas hadir untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini. Admin Facebook Mohd Shukri melalui satu muat naik tengah hari ini memaklumkan Menteri Besar Perlis itu tidak ditahan. “MB tidak direman. Telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan,” katanya. Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Perlis itu dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas beliau diminta hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang dilakukan ke atas anak lelakinya.…
Read MoreBerita pilihan….
Malaysia sedia bersama rawat rakyat Palestin
RIYADH: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis. Anwar menyatakan kesediaan itu kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani ketika mereka mengadakan pertemuan dua hala di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini, hari ini. Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan Malaysia kepada Qatar atas peranan negara itu membantu usaha membawa keluar rakyat Malaysia Nurul…
Read MoreQSR tutup sementara cawangan KFC terpilih
KUALA LUMPUR 30 April – QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KFC Malaysia menutup sementara cawangan terpilih berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini. Dalam satu kenyataan, QSR Brands, bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah penutupan serta lokasinya. Menurut kenyataan itu, penutupan adalah sebahagian daripada usahanya menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada operasi perniagaan di kawasan yang lebih baik. “Kakitangan dari cawangan yang terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang masih beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam zon perniagaan yang menerima pelanggan yang lebih tinggi,”…
Read More