Bersatu tanding wakili PN di Nenggiri

NIBONG TEBAL 29 Jun –  Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan. Presiden Bersatu  Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu telah dibuat sebelum ini memandangkan Nenggiri adalah kerusi milik parti berkenaan. “Kita dah mula menggerakkan jentera bagi peringkat awal dan kerja-kerja lain akan menyusul termasuk mengenal pasti calon paling sesuai yang akan kita letakkan daripada Bersatu,” katanya selepas program minum petang bersama masyarakat di kawasan Taman Puteri Gunong, Simpang Ampat di sini hari…

Read More

Muhyiddin tidak tahu Tok Pa tinggalkan Bersatu

NIBONG TEBAL 28 Jun –  Pengerusi Perikatan Nasional (PN)  Muhyiddin Yassin menghormati keputusan yang diambil bekas Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed yang tidak lagi menjadi ahli parti Bersatu. Bagaimanapun Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengakui hanya mengetahui bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) tidak lagi menjadi ahli parti Bersatu berdasarkan laporan berita. “Saya baru dengar, saya pun baca berita yang dia tidak lagi menjadi ahli Bersatu , saya tak dapat berita apa sebab mungkin dia lepas saja dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu, dia tak nak bertanding lagi. “Tapi…

Read More

Saya sudah pencen politik – Tok Pa

KOTA BHARU 28 Jun — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed,  mengulangi pendiriannya bahawa beliau sudah berpencen daripada politik dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya. Mustapha atau Tok Pa menjelaskan, pada 30:September 2012, beliau meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu 30 September 2023. “Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 November 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan media. Ia dikatakan merujuk kepada…

Read More

159,027 ditawarkan tempat di IPTA

PUTRAJAYA 28 Jun – Seramai 159,027 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),  daripada jumlah itu, seramai 83,667 calon ditawarkan di universiti awam (UA), manakala 43,531 lagi ditawarkan di Politeknik, 26,474 Kolej Komuniti dan 5,355 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). KPT dalam kenyataannya memaklumkan tahun ini sebanyak 214,173 permohonan layak diterima bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline®. Menurut KPT, Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 16,593 dengan pecahan tawaran iaitu 15,082 bagi…

Read More

Agihan pendapatan 5.25 sen senit ASB3 Didik

KUALA LUMPUR 28 Jun –  Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengisytiharkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024. Permodalan Nasional Bhd (PNB), dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pengagihan pendapatan yang berjumlah RM405.65 juta itu akan memanfaatkan 325,026 pemegang unit yang kini memiliki 7.73 bilion unit. Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 2.74 peratus sebanyak 2.51 mata asas. Menurut kenyataan itu, sehingga 25 Jun 2024, ASB 3 Didik…

Read More

PRK DUN Nenggiri 17 Ogos

PUTRAJAYA  28 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos depan, kata Pengerusinya,  Ramlan Harun. Beliau berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan. Ramlan berkata, tempoh berkempen bagi PRK yang memerlukan peruntukan sebanyak RM1.6 juta itu ditetapkan selama 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding hingga pukul 11.59 malam 16 Ogos depan. Katanya, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan membabitkan daftar pemilih tambahan…

Read More

Desak Netanyahu letak jawatan

BAITULMAQDIS: Penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam bagi mendesak pemimpin itu meletak jawatan. Penunjuk perasaan p melaungkan tuntutan supaya Netanyahu meletakkan jawatan, mengibarkan bendera dan memukul gendang disaksikan anggota polis yang berkawal. “Kami telah diabaikan, pilihan raya sekarang!” antara sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan. Demonstrasi sebegini semakin kerap apabila perang di Gaza berlanjutan selain pertempuran dengan Hizbullah di Lubnan yang semakin meningkat, namun ia tidak mencapai tahap seperti setahun lalu apabila kerajaan Netanyahu cuba merombak sistem keadilan Israel. Ribuan turut melaungkan sokongan mereka untuk…

Read More

Siasat dakwaan anggota DPR sertai judi online

JAKARTA: Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia sedang menyiasat dakwaan lebih 1,000 wakil rakyat republik itu terbabit judi dalam talian merangkumi lebih 1,000 anggota DPR, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan sekretariat agung masing-masing. Pengerusi Suruhanjaya III, Bambang Wuryanto, berkata Majlis Etika mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat. “Selepas menamatkan siasatan, dapatan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya III. Majlis Etika mempunyai kuasa untuk memanggil individu yang dinamakan dalam laporan itu,” katanya semasa sesi di kompleks Parlimen di sini Menurut Bambang, siasatan itu didorong oleh laporan daripada Pusat Laporan dan…

Read More