UMNO mahu tanding PRK Nenggiri
LIPIS 29 Jun – Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, manakala Pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub sebagai ketua operasi untuk PRK berkenaan. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan demikian berkata UMNO akan meletakkan calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan yang dijadualkan diadakan pada 17 Ogos ini. “UMNO melantik dua tokoh ini kerana Ahmad Jazlan adalah Pengerusi UMNO Kelantan dan Pengerusi Felcra, manakala Tengku Razaleigh adalah bekas Ahli Parlimen Gua Musang. Ini sekadar cadangan, lagipun Barisan…
Read MoreBlackRock: PUTRA serah memorandum bantahan
KUALA LUMPUR 29 Jun – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mengingatkan kerajaan bahawa GIP BlackRock akan menjadi salah satu pemegang saham utama MAHB yang mempunyai pengaruh besar dalam proses merencana keputusan berhubung semua isu penting MAHB pada masa hadapan. Melalui satu memorandum, PUTRA menegaskan penjualan 30 peratus saham MAHB kepada GIP Blackrock perlu ditentang kerana ia berpotensi menimbulkan risiko besar terhadap Malaysia, sama ada dalam hal berkaitan keselamatan, mahupun dari perspektif ekonomi yang boleh membawa ancaman kepada negara ini. Lebih membimbangkan PUTRA tentang perancangan pihak luar menguasai prasarana negara pada…
Read MoreSemakan semula SOP Covid-19
NILAI 29 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19, dalam masa terdekat berikutan rakyat Malaysia sudah beralih fasa kepada hidup bersama virus berkenaan. Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata SOP berkenaan mengandungi tiga perkara iaitu perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO), pemakaian pelitup muka dan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan. Beliau memberitahu, tiga perkara itu telah dibentangkan kepada Kabinet dan Ketua Pengarah Kesihatan akan mengeluarkan perinciannya berkaitan ketiga-tiga perkara berkenaan dalam waktu yang terdekat. “Ini (SOP) adalah semakan semula namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan…
Read MoreSultan Selangor terima Hamidin menghadap
KUALA LUMPUR 29 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menerima permohonan menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd Amin. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani petang semalam tetapi tarikh menghadap belum ditetapkan . “Saya mendapat panggilan telefon daripada Datuk Munir kira-kira jam 2.30 petang Jumaat (semalam), iaitu sehari selepas saya menghantar warkah memohon perkenan menghadap Tuanku Sultan Selangor. Tuanku Sultan Selangor menitahkan beliau (Munir) untuk menerima permohonan menghadap menerusi warkah yang saya utuskan ke Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada tengah…
Read More625,000 kanak-kanak tidak sekolah
GAZA: Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin mendedahkan lebih 625,000 kanak-kanak tidak bersekolah selama lebih lapan bulan peperangan di Gaza. Menurut Agensi Berita Palestin, WAFA, daripada jumlah itu, 300,000 adalah pelajar UNRWA. “Aktiviti bermain dan pembelajaran yang disediakan oleh pasukan UNRWA adalah penting untuk mempersiapkan kanak-kanak kembali ke sekolah dan mengembalikan hak mereka untuk mendapat pendidikan,” kata agensi itu dalam platform media sosial X. Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza dengan tidak menghiraukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Tel Aviv menghentikan serangan…
Read MoreDr Syed Husin Ali meninggal dunia
KUALA LUMPUR 29 Jun – Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Syed Husin Ali meninggal dunia di Hospital Selayang pada usia 87 tahun awal pagi ini. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memuat naik khabar duka berkenaan di akaun media sosialnya, turut memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 18 Jun lalu. “Saya telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lepas. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu. Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk ‘Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara’ yang mengisahkan pengalaman…
Read MoreBerita pilihan…
AS hantar 10,000 bom ke Israel
WASHINGTON – Pentadbiran Joe Biden didakwa menghantar sejumlah besar senjata kepada Israel termasuk lebih 10,000 bom seberat 2,000 paun (lebih sembilan tan) yang membawa kemusnahan besar sejak permulaan perang di Gaza. Menurut laporan media, dua pegawai Amerika Syarikat (AS) yang memberi taklimat mengenai senarai penghantaran senjata yang dikemas kini juga memaklumkan turut dihantar ribuan peluru berpandu Hellfire. Sejak permulaan perang pada Oktober 2023 dan beberapa hari kebelakangan ini, AS menghantar sekurang-kurangnya 14,000 bom MK-84 2,000 paun, 6,500 bom 500 paun, 3,000 peluru berpandu udara-ke-darat Hellfire, 1,000 bom bunker-buster, 2,600 bom…
Read More60,000 rakyat Palestin dipindahkan
WASHINGTON – Israel memindahkan sekurang-kurangnya 60,000 rakyat Palestin dari Gaza City kelmarin, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric semalam. Beliau mendakwa, tentera Israel mengarahkan orang yang tinggal di 28 blok kediaman di kawasan timur Gaza City segera berpindah dari kawasan, yang meliputi lebih tujuh kilometer persegi. Kata , operasi ketenteraan semalaman di kawasan al-Mawasi di Rafah mengakibatkan puluhan korban dan sekurang-kurangnya 5,000 orang kehilangan tempat tinggal. Israel menggempur Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023. Selain membunuh lebih 37,700 rakyat Palestin sejak itu,…
Read More