Siasat dakwaan anggota DPR sertai judi online

JAKARTA: Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia sedang menyiasat dakwaan lebih 1,000 wakil rakyat republik itu terbabit judi dalam talian merangkumi lebih 1,000 anggota DPR, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan sekretariat agung masing-masing.

Pengerusi Suruhanjaya III, Bambang Wuryanto, berkata Majlis Etika mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat.

“Selepas menamatkan siasatan, dapatan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya III. Majlis Etika mempunyai kuasa untuk memanggil individu yang dinamakan dalam laporan itu,” katanya semasa sesi di kompleks Parlimen di sini

Menurut Bambang, siasatan itu didorong oleh laporan daripada Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) yang menekankan keperluan untuk ketelusan dan akauntabiliti dalam barisan kerajaan.

Ketua PPATK, Ivan Yustiavandana, menyatakan bahawa pusat itu bersedia untuk menyediakan data terperinci kepada penggubal undang-undang, khususnya Majlis Etika, mengenai transaksi bernilai 25 bilion rupiah atau kira-kira RM8.2 juta.

Beliau juga mendedahkan semasa mesyuarat bahawa transaksi kewangan yang dikaitkan dengan judi dalam talian di republik itu telah mencecah 101 trilion rupiah atau RM33.2 bilion pada suku pertama tahun 2024.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya III, Habiburokhman menekankan implikasi sosial dan undang-undang, menyebut kemungkinan tuduhan jenayah di bawah undang-undang Indonesia bagi peserta dalam judi dalam talian.

Beliau berkata DPR sedang mempertimbangkan langkah pencegahan dan hukuman untuk menangani isu itu sambil mengakui peranan kritikal PPATK dalam perisikan kewangan.

Kerajaan Indonesia, yang sedang mempergiatkan usaha menangani isu judi dalam talian yang semakin membimbangkan, melantik Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Hadi Tjahjanto, untuk mengetuai pasukan petugas menangani masalah berkenaan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment