Saya sudah pencen politik – Tok Pa

KOTA BHARU 28 Jun — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed,  mengulangi pendiriannya bahawa beliau sudah berpencen daripada politik dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Mustapha atau Tok Pa menjelaskan, pada 30:September 2012, beliau meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu 30 September 2023.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 November 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan media.

Ia dikatakan merujuk kepada kenyataan Pengerusi Bersatu Kelantan, Kamaruddin Mohd Nor yang dilaporkan oleh sebuah portal mengenai calon pilihan raya di dua kawasan di Kelantan iaitu Parlimen Jeli dan Parlimen Gua Musang.

Kamaruddin dilaporkan berkata, Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada ahli politik berpengaruh, termasuk Annuar Musa dan Mustapa bertanding di Parlimen Gua Musang serta Jeli, jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan kelak.

Bagaimanapun katanya, langkah menghantar dua ahli politik itu ke Dewan Rakyat bagaimanapun perlu mendapat persetujuan pucuk pimpinan Bersatu dan PN terlebih dahulu.

Pada PRU15 lalu, Mustapa mengumumkan menarik diri daripada mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak 1995 atas faktor kesihatan dan nasihat doktor.

Beliau  yang menyandang kerusi Parlimen Jeli sejak 1995 pernah tewas kepada calon Pas , Mohd Apandi Mohamad, pada PRU10 pada 1999 sebelum kembali memenanginya pada PRU11 (2004).

Tok Pa juga sebelum ini memenangi Parlimen Jeli pada PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum beliau menyertai BERSATU, komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Related posts

Leave a Comment