Desak Netanyahu letak jawatan

BAITULMAQDIS: Penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam bagi mendesak pemimpin itu meletak jawatan.

Penunjuk perasaan p melaungkan tuntutan supaya Netanyahu meletakkan jawatan, mengibarkan bendera dan memukul gendang disaksikan anggota polis yang berkawal.

“Kami telah diabaikan, pilihan raya sekarang!” antara sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan.

Demonstrasi sebegini semakin kerap apabila perang di Gaza berlanjutan selain pertempuran dengan Hizbullah di Lubnan yang semakin meningkat, namun ia tidak mencapai tahap seperti setahun lalu apabila kerajaan Netanyahu cuba merombak sistem keadilan Israel.

Ribuan turut melaungkan sokongan mereka untuk mencapai perjanjian membebaskan kira-kira 120 tebusan Israel yang ditahan Hamas di Gaza.

Penunjuk perasaan turut menyekat lalu lintas dan menyalakan unggun api besar di jalan Baitulmaqdis.

Bagaimanapun tiada laporan mengenai pergelutan serius dan polis tidak menggunakan meriam air untuk mengawal orang ramai seperti yang mereka lakukan ketika demonstrasi sebelum ini.

Related posts

Leave a Comment