MFL turunkan denda Selangor FC kepada RM60,000

KUALA LUMPUR 27 Jun –  Selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan titah murka baginda, Malaysian Football League (MFL) mengurangkan hukuman terhadap Selangor FC kerana tidak hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih di Johor pada 10 Mei lalu. Ahli Lembaga Pengarah MFL yang bersidang semula memutuskan untuk mengurangkan denda daripada RM100,000 kepada RM60,000. Dalam satu kenyataan petang ini, MFL berkata, Ahli Lembaga Pengarahnya “menggunakan budi bicara” untuk membuat keputusan itu sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Sharafuddin Idris Shah. MFL turut membatalkan pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super…

Read More

Nenggiri: Mahkamah tolak injunksi Azizi

KUALA LUMPUR 27 Jun –  Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi sementara yang difailkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, untuk menghentikan pilihan raya kecil DUN itu daripada diadakan sehingga saman pemulanya diputuskan. Peguam, Chetan Jethwani, yang mewakili Bersatu memberitahu media, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain, membuat keputusan itu selepas memutuskan tiada kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kerana Mohd Azizi boleh menyertai pilihan raya kecil itu. Selain itu, mahkamah menyatakan bahawa injunksi sementara itu tidak boleh diberi bagi menghalang SPR daripada menjalankan tugasnya mengikut peruntukan Perlembagaan…

Read More

Tuan tanah tidak benarkan perhimpunan

KUALA LUMPUR 7 Jun – Perhimpunan yang dinamakan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang dijadual dianjurkan di Putrajaya pada petang Sabtu ini, tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pemilik lokasi berhimpun. Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata polis sudah menasihatkan penganjur tidak meneruskan perhimpunan dijadualkan di tempat letak kereta awam berhadapan Kompleks Seri Perdana, pukul 4 petang itu kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah. “Lokasi juga tidak sesuai untuk berhimpun. Setakat ini, 85 laporan polis berkait perhimpunan ini diterima, susulan satu video tular berdurasi tiga minit 41 saat…

Read More

Umum peruntukan, Bersih dicabar buat kajian

NIBONG TEBAL 7 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Ahmad Maslan mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menganggap tidak salah bagi menteri atau kementerian menganjurkan program atau mengumumkan peruntukan semasa pilihan raya kecil (PRK) berlangsung. Timbalan Menteri Kerja Raya itu menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh beliau berhubung peruntukan pada PRK adalah berpandukan kepada keputusan mahkamah. Justeru, beliau hairan mengapa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempertikaikan kenyataannya itu sedangkan beliau secara jelas memberi kenyataan berdasarkan kepada apa yang telah diputuskan mahkamah. “Saya cabar Bersih untuk buat kajian tentang keputusan…

Read More

1MDB: Aset USD$200 juta akan dikembalikan

NEW YORK: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mencapai persetujuan dengan ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low untuk memulangkan lebih AS$100 juta (RM471 juta) yang didakwa digelapkan daripada dana kekayaan milik Malaysia sebagai sebahagian daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). AS berkata, karya seni oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet dan sebuah apartmen mewah di Paris akan dicairkan dan aset bernilai AS$67 juta (RM315.7 juta) akan dikembalikan kepada Malaysia. Pendakwa raya mendakwa aset itu dikaitkan dengan wang tunai yang diperoleh untuk dana 1MDB sejak 2012 dan 2013. Jho Low yang…

Read More

Bekas Presiden Honduras dijel 45 tahun

NEW YORK: Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan didenda USD8 juta oleh hakim Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan mengedar dadah. Hernandez, presiden bagi tempoh 2014 hingga 2022 sebelum ini menafikan tuduhan terhadapnya dan pada hari pengadilannya pada Rabu, beliau menegaskan tidak bersalah dan “dituduh secara salah dan tidak adil.” Pada Mac lalu, juri di New York mendapati Hernandez bersalah atas tiga pertuduhan mengedar dadah selepas perbicaraan dua minggu di mahkamah persekutuan Manhattan. Beliau menafikan tuduhan itu. Hernandez diekstradisi dari Honduras selepas Jabatan Kehakiman AS…

Read More

Tabung Solidariti Bersama Selangor FC

SHAH ALAM 26 Jun – Kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan Tabung Solidariti Bersama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) bermula pada malam ini sehingga 2 Julai depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata inisiatif itu susulan keputusan tidak adil dan bersifat penindasan yang dijatuhkan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada Selangor FC semalam. “Bola sepak, yang selama ini dijulang sebagai sukan yang menyatukan rakyat kini dicemar dengan elemen keganasan dan ketaksuban kenegerian melampau hingga menjurus kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat. Kerajaan negeri menjunjung kasih…

Read More