NIBONG TEBAL 6 Julai – Pakatan Harapan (PH) menerima kekalahan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini secara terbuka kerana ia adalah suara pengundi kawasan berkenaan. Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, keputusan ini adalah satu terjemahan suara rakyat terhadap apa yang berlaku di kawasan itu dan Kerajaan Perpaduan akan melakukan post mortem (bedah siasat) terhadap keputusan ini. Katanya, walaupun gagal untuk menawan semula kerusi itu, Kon Yeow berkata, sebagai Ketua Menteri, beliau tetap akan bertanggungjawab terhadap pengundi di situ, apatah lagi Parlimen…
Read MorePRU16: DAP sambut baik hasrat kerjasama BN
SEREMBAN 6 Julai – DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata ini menunjukkan komitmen tinggi Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan kestabilan politik dan menjamin kemakmuran negara. “Perbincangan selalu ada tetapi belum ada perbincangan rasmi, kita mengalu-alukan kenyataan disampaikan, ini menunjukkan komitmen Datuk Seri Ahmad Zahid bersama pimpinan BN untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan mangsa banjir di…
Read MorePN kekal Sungai Bakap majoriti lebih besar
NIBONG TEBAL 6 Julai – Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail secara tidak rasmi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini. Keputusan menunjukkan Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal itu meraih 14,554 undi berbanding pencabarnya, Joohari yang memperoleh 10,285 undi sekali gus meraih majoriti 4,269 undi. Keputusan itu diperoleh menerusi kiraan di semua 66 saluran peti undi setakat jam 8.45 malam ini. Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu PH hanya memenangi satu daripada lapan daerah mengundi iaitu…
Read MoreSiapa sebenar low class, Noh atau Puad
SEPANG 6 Julai – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Noh Omar menolak dakwaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Puad Zarkashi bahawa beliau ‘menjual nama’ Najib Razak untuk menyertai Bersatu. Noh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menjelaskan isu Titah Adendum di mahkamah yang tidak memihak kepada Najib merupakan antara perkara yang mengecewakan dan menyedihkannya terhadap UMNO. “Saya sudah lama kecewa dengan UMNO. UMNO tetap tidak berubah. Tambahan pula di dalam isu Adendum ini, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi terperdaya dengan drama dan wayang dari rakan-rakan di…
Read MoreJom ‘menyorok’ di dalam kebun
HUJUNG minggu menyorok di mana? Menyorok bagi orang Kedah membawa maksud sarapan pagi atau breakfast, bukan main sembunyi-sembunyi. Bagi yang berada di sekitar Nilai, malahan di Lembah Klang bolehlah cuba menyorok di dalam kawasan atau suasana kebun. Makanan Melayu. Hanya sarapan, tidak ada makan tengah hari, petang atau malam. Khabarnya Selasa, Rabu tutup (sila semak). Kawasan sekitarnya bersih, selesa serta perkhidmatan yang pantas. Itu penilaian awal kepada D’Pangkin Kitchen & Garden. Sedap atau tidak menu yang disediakan bergantung kepada tekak masing-masing. Namun bagi sesetengah orang ‘servis’ yang pantas itu keutamaan.…
Read MorePandu lawan arus disebabkan GPS
SEREMBAN 6 Julai – Seorang pemandu lori ‘menyalahkan’ GPS atau Sistem Penentududukan Sejagat apabila dia dikesan memandu melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2 dekat sini semalam. Lelaki itu juga memberi alasan tidak biasa dengan jalan di kawasan berkenaan dan terpaksa merujuk GPS iaitu sistem pandu arah satelit. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian dipercayai pukul 11.39 pagi semalam sebelum satu rakaman video berdurasi 51 saat, tular bermula kira-kira 7.40 malam tadi. Video itu memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus dan susulan itu…
Read MoreHari penentuan Sungai Bakap, PH-BN atau PN-Pas
NIBONG TEBAL 6 Julai- Hari ini adalah hari penentuan sama ada Perikatan Nasional (PN) mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap atau sebaliknya Pakatan Harapan (PH) dengan sokongan UMNO akan merampas semula kerusi itu. Seramai 39,151 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada PRK itu hari ini susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. Dalam pertandingan satu lawan satu, PN diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail, 56, manakala bekas pengarah Institut Aminuddin…
Read MoreBerita pilihan…
Biden ‘tidak akan ke mana-mana’
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ‘tidak akan ke mana-mana’ walau didesak ramai anggota parti Demokrat supaya tidak bertanding dalam pemilihan presiden AS November ini. Penampilan calon Demokrat berusia 81 tahun itu pada 27 Jun lalu yang kelihatan goyah untuk bersaing dengan calon Republikan, Donald Trump, bermakna setiap penampilannya kini diteliti. Biden memberi alasan, ‘selesema yang sangat teruk’ menjejaskan prestasinya pada perdebatan dengan Trump minggu lalu, selain keletihan selepas dua perjalanan ke Eropah. Dalam satu wawancara bersama ABC, Biden berkata, beliau keletihan, tidak mengikuti naluri saya dari segi persediaan…
Read MoreRekod baharu MP wanita Britain
LONDON: Keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK) menyaksikan rekod baharu jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat. Setakat 7.30 pagi (0630 GMT) semalam, seramai 261 MP wanita telah dipilih – mewakili 40 peratus daripada Dewan Rakyat – dan mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK. Bilangan MP wanita telah meningkat pada setiap enam pilihan raya lepas dan angka terbaharu melepasi rekod sebelumnya iaitu 220 MP wanita dalam pilihan raya 2019. Nancy Astor menjadi MP wanita pertama yang duduk di parlimen Britain apabila…
Read More