Sokongan Melayu kepada PN masih utuh

KUALA LUMPUR – Sokongan pengundi Melayu terhadap gabungan Perikatan Nasional (PN) masih utuh seperti terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa kemenangan itu juga adalah referendum jelas bahawa rakyat menolak teraju kepemimpinan kerajaan Persekutuan yang tidak cakna isu rakyat. Katanya, kemenangan dikecapi PN di kerusi Sungai Bakap bukan semata-mata atas sokongan pengundi Melayu, bahkan bukan Melayu sekali gus menunjukkan PN memayungi semua kaum. “Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional di PRK DUN…

Read More

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1446H

PUTRAJAYA 7 Julai – Bekas Mufti Pulau Pinang, Hassan Ahmad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M manakala Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyidddin Ali Al-Qaradaghi dari Qatar sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. Pengumuman itu dibuat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim),  Hakimah Mohd Yusoff pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah itu berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong,…

Read More

Jangan jadikan media sosial platform berbalah

PUTRAJAYA 7 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan. Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama. “Jangan buka aib orang lain atau tularkan perkara-perkara yang memalukan, kerana ini semua akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan,” titah Sultan Ibrahim pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di sini. Turut berangkat pada majlis bertemakan…

Read More

Mengapa PKR kalah di Sungai Bakap

  Oleh Hassan Abdul Karim Ada hikmahnya PKR yang mewakili PH kalah dalam dalam Pilihanraya Kecil Sungai Bakap. Ada kira-kira 3 tahun lagi sebelum PRU16 untuk PKR khususnya memperbaiki strategi dan naratifnya. Saya datang membantu kempen pada hari Khamis dan Jumaat minggu pertama kempen.Berceramah di sebuah Ceramah Umum di sebuah kampung di Sungai Buaya. Sambutan dingin.Kami berceramah di hadapan penyokong sendiri dari PH terutamanya anggota PKR.Hampir semuanya orang luar bukan penduduk tempatan.Bukan pengundi. Saya cuba menyokong calon PH dan menyokong Kerajaan Perpaduan dalam isu perlaksanaan subsidi diesel bersasar.Ceramah saya hambar.Saya…

Read More

Abang Abidin ikrar suara masalah rakyat

NIBONG TEBAL – Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini berikrar untuk terus memperjuangkan suara rakyat di kawasan itu. Calon Perikatan Nasional (PN) itu, berkata keutamaan beliau pada ketika ini ialah membantu menyelesaikan masalah air yang berlarutan sejak enam tahun lalu di Mukim Lima, Sungai Bakap. Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin menghormati isyarat yang dizahirkan pengundi kawasan itu, menerima kekalahannya secara berlapang dada. Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu, percaya…

Read More

Isyarat penolakan rakyat terhadap PH-BN

KUALA LUMPUR 7 Julai – Pas menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH-BN menguruskan ekonomi dan membela kebajikan rakyat, tanpa mengira lapisan umur dan  bangsa. Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan itu sangat bermakna kepada Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di padang tidak sama rata, dicemari proses demokrasi yang tempang dan rasuah politik yang berleluasa. “Alhamdulillah syukur dan tahniah kepada pengundi atas kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan berhubung kemenangan…

Read More

PKR ambil tanggungjawab kekalahan

NIBONG TEBAL 6 Julai – PKR mengambil tanggungjawab kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap malam ini sebagai tekad untuk bermuhasabah diri. Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, berkata walaupun kalah, PKR akan terus berusaha melakukan perubahan demi masa depan Pulau Pinang dan Malaysia yang lebih baik. “Kekalahan ini diambil dengan penuh tanggungjawab sebagai isyarat untuk terus bermuhasabah dan mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh terlalu selesa serta kerja-kerja untuk meyakinkan rakyat tidak boleh terhenti. “Hakikat ini kita sahut sebagai cabaran lanjutan dalam diari perjuangan hidup,”…

Read More

Rasmi PN menang majoriti 4,267 undi

NIBONG TEBAL 6 Julai – Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Bakap apabila calon mereka Abidin Ismail menang kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim mengumumkan kemenangan Abidin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Serbaguna Jawi, malam ini. Abidin, 56, yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) yang mewakili PKR Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi. Abang Bidin menang dengan majoriti 4,267 undi, jumlah…

Read More