Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA 22 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 403 kes (36.1 peratus) naik sedikit berbanding 356 kes semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 337 kes (83.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 158 kes (14.2 peratus) dan Sarawak sebanyak 124 kes (11.1 peratus).

  • Selangor: 403 kes 
    • 221 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Helang;
    • 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 158 kes  
    • 110 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan dan Kluster Taman Tunku;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Empat kes import dari luar negara; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 124 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rajang;
    • 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 88 kes 
    • Satu kes daripada kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment