PN kekal Sungai Bakap majoriti lebih besar

NIBONG TEBAL 6 Julai – Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail secara tidak rasmi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.

Keputusan  menunjukkan Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal itu meraih 14,554 undi berbanding pencabarnya, Joohari yang memperoleh 10,285 undi sekali gus meraih majoriti 4,269 undi.

Keputusan itu diperoleh menerusi kiraan di semua 66 saluran peti undi setakat jam 8.45 malam ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu PH hanya memenangi satu daripada lapan daerah mengundi iaitu Puteri Gunong dengan meraih 3,952 undi, kelebihan 369 undi manakala PN menguasai tujuh daerah mengundi dengan memenangi semua sembilan saluran mengundi di Sungai Duri dengan meraih 3,101 atau majoriti 2,056.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

Related posts

Leave a Comment