Gantung baju oren keputusan baik, elak aib

KOTA BHARU 5 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil tindakan positif untuk menggantung pemakaian baju oren bagi orang kena siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman. Justeru Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man menyambut baik keputusan itu kerana tindakan mengenakan pemakaian baju oren dan gari memberi persepsi seolah-olah OKS terbabit sudah bersalah atau sedang menghadapi pendakwaan. “Saya sangat bersetuju (dengan keputusan SPRM itu). Mereka (OKS) baru dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman atau sambung reman, belum lagi ada pertuduhan. “Jadi, apabila dipakaikan…

Read More

Majlis Syura Ulama semak kerjasama politik

KOTA BHARU 5 Sept. – Sebarang kerjasama politik yang dilakukan oleh Pas akan, diperhalusi, diteliti serta disemak dalam semua aspek sebelum diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk pertimbangan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kedudukan parti dikawal dan dipandu oleh Majlis Syura Ulama dalam setiap keputusan yang dibuat. “Yakinlah, sebarang kerjasama politik yang kita buat bukan hanya mesyuarat kemudian suka-suka buat keputusan. “Kita perhalusi dan teliti satu persatu, kita semak semua aspek dan serah kepada Majlis Syura Ulama untuk panduan. Kerana itu, setiap keputusan kerjasama politik kita, Pas tidak…

Read More

31 disahkan maut, 531 masih hilang

GYIRONG – Sehingga semalam, sebanyak 31 orang disahkan maut manakala 531 lagi masih hilang selepas gelongsoran lumpur melanda Pelabuhan Gyirong di sempadan China-Nepal di barat daya Wilayah Autonomi Xizang, China. Dalam kejadian pada 26 Ogos lalu, penyelamat juga menemukan 987 barangan peribadi di kawasan itu. Dalam pada itu pegawai pusat berkenaan berkata, sehingga Rabu, pemeriksaan di sepanjang laluan penyelamat G216 mengenal pasti 58 lokasi yang berisiko berlaku bencana geologi, kata pegawai pusat berkenaan. Pihak berkuasa turut menyelesaikan pemeriksaan dan penilaian risiko terhadap potensi bahaya di tiga kampung yang terjejas, memilih lokasi…

Read More

Gunung Ijen ditutup sementara

JAKARTA – Agensi pemuliharaan Jawa Timur menutup sementara tapak pelancongan popular, Gunung Ijen di wilayah Jawa Timur selepas kebakaran hutan berlaku berhampiran kawasan itu. Susulan itu, aktiviti pelancongan ke kawasan rizab alam semula jadi yang merangkumi daerah Banyuwangi dan Bondowoso itu digantung sehingga diberitahu kelak bagi memastikan keselamatan pengunjung. Ijen adalah antara tarikan pelancongan utama Indonesia, terkenal dengan fenomena api biru yang jarang ditemukan serta tasik kawah berwarna firus. Ketua Agensi Pengurusan Bencana Banyuwangi, Partana berkata, kebakaran merebak berhampiran Pondok Bunder, iaitu antara lokasi penting di sepanjang laluan menuju kawah, menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan…

Read More

Diskaun, hadiah cabutan bertuah Andalusia

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Singgah di reruai Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan nikmati tawaran istimewa sambil menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah sempena MATTA Fair September 2026 yang sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini. Sepanjang MATTA Fair September 2026 yang bermula hari ini hingga 6 September, reruai Andalusia terletak di Aras 3, 3C01 & 3K01. Pengunjung MATTA Fair itu juga berpeluang mendapatkan potongan harga bagi pakej perjalanan umrah sehingga RM500 dan diskaun RM200 bagi pakej pelancongan terpilih. Selain itu, pengunjung yang membuat…

Read More

Tiada lagi baju oren OKS dibawa ke mahkamah

PUTRAJAYA 4 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung serta-merta syarat mewajibkan orang kena siasat (OKS)  memakai pakaian seragam oren milik agensi itu ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan syor semasa berhubung prosedur pengendalian orang yang disiasat, terutamanya apabila mereka dibawa ke mahkamah. “Orang yang disiasat akan dibenarkan memakai pakaian sendiri apabila dibawa ke mahkamah, manakala pakaian lokap hanya akan dipakai sepanjang tempoh mereka ditahan di dalam lokap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.…

Read More

Cabutan 22 kali tidak ke Kabinet?

KOTA BHARU 4 Sept.  – “Seingat kami perkara itu tidak pun dibawa ke Kabinet, hanya di peringkat Kementerian Kewangan,” demikian penjelasan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berhubung kekerapan cabutan khas nombor ramalan. Beliau menafikan dakwaan bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa Kabinet di bawah pentadbiran terdahulu memutuskan untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun. Sebaliknya, Takiyuddin yang ketika itu menjadi Menteri Tenaga dan Sumber Asli di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, menegaskan Zafrul tidak pernah membawa perkara itu kepada Kabinet untuk dipertimbangkan. “Seingat kami perkara itu…

Read More

Tekad pertahan SG4, perkukuh perpaduan umat

KOTA BHARU 4 Sept. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengarahkan  seluruh jentera parti mengambil tujuh langkah strategik sebagai agenda bertindak menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Katanya, langkah itu adalah memimpin agenda penyatuan ummah; mempertahankan kemenangan SG4 – negeri model; memperluas kemenangan – negeri sasaran; penguasaan segmen pengundi – Ulama, Pemuda, Muslimat, DHPP. Di samping itu pengukuhan tarbiah dan organisasi – tunjang kekuatan parti; jentera pilihan raya dan penerangan – menuju kemenangan dan dakwah dan kebajikan – berimoak tinggi. Dalam ucapan dasar pada Muktamar TunannPas Ke-72 di sini hari…

Read More