Zahid beri isyarat ‘gelombang biru’ di Melaka

AYER KEROH 6 Sept. –  Ketika Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh memilih ‘partner’ pilihan raya, Pengerusi BN itu sudah memberi bayangan fenomena `gelombang biru’ mampu berulang di Melaka. Pengerusi BN itu berkata keyakinan itu bersandarkan sokongan anak muda dan keseluruhan pengundi Melaka yang disifatkannya kini berada dalam ‘mood’ gelombang biru. “Apabila tiba hari besar yang menentukan masa depan Melaka, jangan lupa bahawa gelombang biru yang pernah berlaku di Johor, di Negeri Sembilan, insya-Allah gelombang biru itu akan berada di Melaka juga,” katanya menutup…

Read More

Tiada keperluan PRU awal – Anthony Loke

KUALA LUMPUR 6 Sept.  – DAP menggesa Anwar Ibrahim tidak tunduk kepada tekanan untuk membubarkan Parlimen lebih awal bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, berkata pendirian parti adalah Perdana Menteri terus menerajui kerajaan selagi beliau mempunyai majoriti di Dewan Rakyat. Justeru beliau mahu Anwar menggunakan tempoh berbaki hampir 15 bulan untuk melaksanakan pelbagai reformasi dan agenda bersama, sebelum Parlimen Penggal Ke-15 tamat pada Disember 2027. “Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, kita dengar banyak berita dan suara daripada pelbagai parti…

Read More

Fokus jalankan amanah sebagai MB

SEREMBAN – Menteri Besar, Ismail Lasim berkata, Kerajaan Negeri Sembilan menzahirkan sokongan penuh dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Beliau juga mengambil maklum kenyataan media dikeluarkan Undang Yang Empat bertarikh semalam, namun menegaskan fokusnya ketika ini adalah melaksanakan amanah demi kepentingan rakyat dan negeri. “Saya mengambil maklum kenyataan media YTM Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026. Apa jua pandangan YTM Undang Yang Empat adalah hak mereka. “Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat…

Read More

Calon PM, AS nafi dakwaan Hadi

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini menafikan pernah cuba menentukan kepemimpinan politik Malaysia, sambil menyifatkan sebarang dakwaan sebaliknya sebagai palsu. Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS, David H Gamble Jr, dalam satu kenyataan berkata, AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang memimpin Malaysia. “Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepemimpinan politik Malaysia dan sebarang laporan yang mendakwa sebaliknya adalah palsu,” katanya. Kedutaan AS sebelum ini turut menegaskan bahawa hubungan diplomatiknya dengan Malaysia terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.…

Read More

Iraq tingkat eksport minyak mentah

ISTANBUL – Iraq merancang meningkatkan kapasiti eksport minyak mentahnya kepada lima juta tong sehari berbanding lebih tiga juta tong sekarang ketika negara itu membangunkan laluan baharu yang tidak melalui Selat Hormuz. Menurut Menteri Minyak Basim Mohammed Khudair eksport telah mencecah kira-kira tiga juta tong sehari sejak awal September. Kata, jumlah itu akan ditingkatkan selepas saluran paip strategik yang menghubungkan medan minyak Iraq dengan Fishkhabur di utara dan pelabuhan Banias di Syria yang terletak di Mediterranean siap dibina. Baghdad turut berusaha memperluas laluan eksport alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada Selat Hormuz.…

Read More

Bersatu hadapi tekanan AS

TEHRAN – Perpaduan nasional mampu menggagalkan sebarang usaha untuk mencetuskan ketidakstabilan dalam negara khususnya daripada Amerika Syarikat (AS) kata Presiden Iran, Masoud Pezeshkian. Justeru beliau menyeru rakyat dan pemimpin Iran agar terus bersatu dalam menghadapi tekanan ekonomi yang semakin meningkat daripada AS. Washington sebelum ini mengumumkan apa yang disifatkannya sebagai “Economic D-Day” terhadap Tehran, pakej sekatan paling ketat yang pernah dikenakan AS bagi memutuskan sumber ekonomi yang menyokong kerajaan Iran dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). Menurut Pezeshkian, sekatan tersebut tidak akan memaksa kerajaannya membuat perubahan dasar secara mendadak yang…

Read More

Agenda perpaduan ummah bakal diuji

KOTA BHARU – Penyatuan bukan bermaksud mengorbankan prinsip, tetapi menyuburkan kekuatan ummah, mengurus perbezaan dengan adab dan mendahulukan maslahah Islam. Perwakilan Pas Kawasan Indera Mahkota, Nasrudin Hassan Tantawi, berkata penyatuan ummah juga ini adalah tuntutan wahyu, bukan sekadar strategi politik. Bagaimanapun selepas beberapa kali usul penyatuan dibuat, ia menemui kegagalan disebabkan terdapat ‘batu api’ yang membakar jambatan atau ‘tangan ghaib’ menggoncang keadaan untuk menggagalkan agenda penyatuan ummah. “Harapnya kali ini tiada lagi ‘batu api’ membakar jambatan yang sudah didirikan, tiada lagi ‘tangan ghaib’ bermain silap mata untuk menggagalkan agenda ini,”…

Read More

Gantung baju oren keputusan baik, elak aib

KOTA BHARU 5 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil tindakan positif untuk menggantung pemakaian baju oren bagi orang kena siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman. Justeru Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man menyambut baik keputusan itu kerana tindakan mengenakan pemakaian baju oren dan gari memberi persepsi seolah-olah OKS terbabit sudah bersalah atau sedang menghadapi pendakwaan. “Saya sangat bersetuju (dengan keputusan SPRM itu). Mereka (OKS) baru dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman atau sambung reman, belum lagi ada pertuduhan. “Jadi, apabila dipakaikan…

Read More