Denda, penjara jika masuk dari India

SYDNEY: Individu yang memasuki Australia dari India boleh didenda dan dihukum penjara hingga lima tahun, susulan langkah kerajaan memperketat sekatan perjalanan dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Bermula Isnin ini, mana-mana pengembara yang memasuki Australia selepas berada di India dalam tempoh 14 hari sebelum itu, boleh dikenakan tindakan itu sebagai tambahan kepada sekatan sementara diumumkan pada awal minggu ini. Tindakan tegas itu diambil setelah pengembara dalam penerbangan tidak langsung dari India, mendedahkan kelemahan dalam usaha kerajaan untuk menyekat sementara ketibaan dari negara terbabit. Menteri Kesihatan, Greg Hunt, dalam satu kenyataan berkata…

Read More

Vaksinasi, amalan kesihatan hadapi C-19

LANGKAH terbaik untuk menangani peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia adalah gabungan program vaksinasi dan amalan langkah-langkah kesihatan awam yang lain. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya turut mengesyorkan rakyat Malaysia untuk mengambil vaksin apabila tiba giliran manakala mereka yang sudah diberi vaksin perlu kekal mematuhi langkah-langkah kesihatan awam. Ini termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kebersihan tangan dan pernafasan dan memastikan pengudaraan yang baik dengan membuka tingkap dan pintu sekiranya boleh. Menyentuh mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dimulakan sejak Februari 2021, WHO yakin kadar penerimaan vaksin di Malaysia…

Read More

Sekatan perjalanan AS ke atas India

WASHINGTON: Mulai 4 Mei ini Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan perjalanan ke atas India, sekali gus menghalang kebanyakan warga bukan rakyat Amerika daripada memasuki negara itu. Sekatan-sekatan baharu itu, adalah atas nasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan dilaksanakan disebabkan jumlah kes tinggi serta skop pandemik Covid-19 di India yang terus meningkat. Januari lalu, Biden mengeluarkan larangan serupa ke atas kebanyakan penduduk bukan rakyatnya yang memasuki negara itu dari Afrika Selatan. Beliau juga mengenakan sekatan ke atas hampir semua pengunjung bukan rakyat Amerika dari Brazil, Britain, Ireland dan lagi…

Read More

WHO senaraikan vaksin Moderna

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  menyenaraikan vaksin Moderna bagi kegunaan darurat. Ia bagi membantu negara-negara yang tiada akses kepada keberkesanan vaksin itu, mendapatkan akses segera dan membolehkan skim perkongsian vaksin Covax serta rakan-rakan negara lain untuk mengagihkannya kepada negara-negara miskin. Vaksin Amerika Syarikat itu adalah yang kelima dimasukkan ke dalam senarai WHO. Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat meluluskan vaksin Moderna untuk kegunaan darurat pada 18 Disember tahun lalu dan pemasaran vaksin Moderna bagi kesemua negara anggota Kesatuan Eropah juga diluluskan oleh Agensi Perubatan Eropah pada 6 Januari tahun…

Read More

Bantu KKM hadapi situasi kritikal

PUTRAJAYA 1 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang mutakhir ini amat membimbangkan. Sekiranya trend peningkatan kes berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya. Menurut kenyataan KKM, kadar penggunaan katil kritikal/ICU Covid-19 terkini didapati melebihi 70 peratus di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Manakala Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti…

Read More

22 bazar Ramadan ditutup 3 hari

PUTRAJAYA 30 April – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengarahkan 22 daripada 1,073 bazar Ramadan yang sedang beroperasi di seluruh negara menutup operasi selama tiga hari berkuat kuasa esok. Menurut kenyataan KPKT hari ini, penutupan operasi itu melibatkan empat bazar Ramadan di Johor, Kedah (tiga), Pulau Pinang (lapan), Perak (satu) manakala masing-masing dua di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur. Laporan HIDE telah menunjukkan bahawa angka kontak rapat yang tinggi dalam kalangan pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan yang terlibat. Sehingga 15 April, sebanyak 904 kes positif Covid-19…

Read More

Lebih 386,000 kes di India

NEW DELHI 30 April – Lebih 386,000 kes positif direkodkan India hari ini dengan hampir 3,500 kematian dilaporkan. Hospital tentera mula dibuka kepada pesakit Covid-19 pada Jumaat ketika kerajaan India semakin terdesak untuk menyediakan katil dan bekalan perubatan. Sementara anggota keluarga pesakit Covid-19 di hospital serata India merayu agar diberi tangki oksigen dan bantuan kecemasan ketika sistem kesihatan negara itu semakin lumpuh. Menteri Kesihatan berharap bantuan yang dihantar dari lebih 40 negara dapat meredakan situasi. Antara negara yang telah menghantar bantuan perubatan termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Rusia. Meskipun…

Read More

PKP di 5 daerah Kedah 1-14 Mei

KUALA LUMPUR 30 April – Lima daerah di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok sehingga 14 Mei ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. PKP Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim itu dilaksanakan berikutan berlakunya penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim atau daerah atau zon. Dalam tempoh 14 hari sehingga 29 April 2021, KKM mengesahkan 709 kes aktif di lima daerah tersebut selepas berlaku penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim/daerah atau…

Read More