WHO senaraikan vaksin Moderna

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  menyenaraikan vaksin Moderna bagi kegunaan darurat.

Ia bagi membantu negara-negara yang tiada akses kepada keberkesanan vaksin itu, mendapatkan akses segera dan membolehkan skim perkongsian vaksin Covax serta rakan-rakan negara lain untuk mengagihkannya kepada negara-negara miskin.

Vaksin Amerika Syarikat itu adalah yang kelima dimasukkan ke dalam senarai WHO.

Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat meluluskan vaksin Moderna untuk kegunaan darurat pada 18 Disember tahun lalu dan pemasaran vaksin Moderna bagi kesemua negara anggota Kesatuan Eropah juga diluluskan oleh Agensi Perubatan Eropah pada 6 Januari tahun ini.

Menurut kenyataan media, Kumpulan Penasihat Strategik Pakar Imunisasi (SAGE) mendapati tahap keberkesanan vaksin Moderna adalah setinggi 94.1 peratus.

Vaksin-vaksin lain dalam senarai WHO bagi kegunaan darurat adalah Pfizer BioNTech; AstraZeneca; Institut Serum India; dan Janssen.

Moderna dijangka menghasilkan sehingga tiga bilion dos vaksin pada 2022 menerusi komitmen-komitmen baharu pendanaan untuk menambah bekalan di tapak-tapak pengilangan di Eropah dan Amerika Syarikat. 

Related posts

Leave a Comment