Selangor kekal kes tertinggi

PUTRAJAYA 30 April – Selangor terus menambah kes dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,265 kes (33.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,030 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 760 kes (20.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 464 kes (12.3 peratus). Secara keseluruhan sembilan negeri mencatatkan lebih 100 kes harian. Selangor: 1,265 kes 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wau dan Kluster Jalan Taming Dua;…

Read More

328 pesakit di ICU

PUTRAJAYA 30 April – Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 hari ini dengan merekodkan 3,788, menjadikan jumlah kumulatif 408,713 dengan kes aktif setakat ini 29,277. Seramai 328 pesakit Covid-19 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) iaitu angka yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah ini, seramai 161 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. Sementara itu, 14 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,506. Kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Selangor, lima kes di Sarawak, dua kes di Johor, dan satu kes di Negeri Sembilan.…

Read More

Dua bazar tutup 2 hari

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan dua Bazar Ramadan di Taman Setiawangsa dan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini akan ditutup selama dua hari bermula esok. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi DBKL hari ini. “Dimaklumkan hasil dari analisa pengesanan kontak yang telah dilaksanakan oleh KKM melalui aplikasi MySejahtera, ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 telah dikesan di bazar Ramadan ini. “Sehubungan dengan itu, bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkatan kes Covid-19, bazar Ramadan ini akan…

Read More

Seri Paduka bimbang kes meningkat

KUALA LUMPUR 30 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat supaya tidak alpa dan sambil lewa sebaliknya perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya di bazar Ramadan dan majlis keraian umum. Titah Baginda, rakyat perlu sentiasa berdisiplin dalam mematuhi SOP bagi mengelakkan negara dibadai ‘Tsunami Covid-19’ seperti yang berlaku di beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan kebimbangan apabila melihat kes positif melebihi…

Read More

Watikah pelantikan YDP Negeri

KUALA LUMPUR 30 April – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan kepada Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak di Istana Negara. Pelantikan bekas diplomat itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Ahmad Fuzi.…

Read More

Acryl Sani KPN baharu

PUTRAJAYA 30 April – Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Selasa depan sehingga tarikh persaraan beliau Oktober ini. Penyerahan surat pelantikan itu diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dalam majlis khas pagi ini di Putrajaya. Bagaimanapun, siapa yang bakal menggantikan tempat Acryl Sani masih menjadi tanda tanya. Acryl Sani, 60, yang kini berada kedudukan nombor dua pasukan Sang Saka Biru berpengalaman luas dalam tugas kepolisan. Antaranya beliau pernah menjadi pengarah di beberapa jabatan di Bukit Aman antaranya Jabatan Siasatan…

Read More

Akses vaksin tidak sama rata

LISBON: Lebih satu bilion suntikan vaksin Covid-19 telah diedarkan secara global tetapi 82 peratus daripadanya diedarkan kepada penduduk di negara-negara kaya. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, hanya 0.3 peratus vaksin pula diedar pada penduduk negara-negara miskin. “Seperti yang anda semua tahu, ketidaksamarataan akses kepada bekalan vaksin merupakan salah satu cabaran menangangi pandemik ini,” katanya. Beliau berkata, krisis Covid-19 mendedahkan keperluan mendesak untuk diadakan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan yang dapat memastikan kesediaan, kemampuan dan akses sama rata kepada ubat-ubatan dan teknologi perubatan. Dr…

Read More

Jokowi turun ke bendang

SEMALAM, Khamis, Presiden Indonesia Joko Widodo singgah di sawah Desa Kanigoro, Kabupaten Malang. Beliau bersama Ketua DPR, Maharani, menyaksikan para petani menanam padi sementara itu, di sawah sekitarnya, petani lain sedang menuai. Menurut Jokowi, mereka juga berdialog dengan petani yang menyatakan perlunya penggunaan mesin tuai, traktor dan teknologi pertanian lain.

Read More

Tutup masjid : MUIS minta jemaah prihatin

(Foto FB Masjid Yusof Ishak) SINGAPURA 30 April – Masjid-masjid di Singapura akan meningkatkan tahap waspada dari segi pengurusan selamat dan juga pembasmian kuman memandangkan kegiatan-kegiatan semasa Ramadan semakin meningkat. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berkata, Duta Khidmat Ramadan serta kakitangan dan sukarelawan masjid yang menjaga tempat masuk akan mempertingkat prosedur pengurusan selamat itu. Dalam satu kenyataan MUIS melalui Facebooknya, para jemaah juga akan diperingatkan supaya mengurangkan pergerakan dalam masjid manakala masjid-masjid akan menambah rejim pembersihan di zon solat selepas setiap sesi. Langkah itu diambil berikutan dalam tempoh tiga hari, …

Read More