14 kluster baharu, 395 aktif

Maklumat  terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 Mei 2021: Jumlah kluster : 1,669 kluster; Jumlah kluster baharu : 14 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat :1,274 kluster [termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sulaiman, Kluster Jalan Tanjung Kidurong, Kluster Rajang, Kluster Sinsingon, Kluster Jalan Merpati, Kluster Jalan Tanjung, Kluster Beringin, Kluster Jalan Bandar Sembilan, dan Kluster Jalan SC Satu] Jumlah kluster aktif : 395 kluster; Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 80 kluster; dan Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu…

Read More

Selangor mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 1 Mei – Selangor terus mendahului jumlah kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 759 kes sekaligus menjadikan jumlah kumulatif 133,649, juga tertinggi berbanding negeri lain. Daripada jumlah ini, sebanyak 522 kes (68.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Sarawak menduduki tempat kedua dengan 445 kes diikuti Kelantan 442, Kuala Lumpur 315 dan Johor 310. Selangor: 759 kes 110 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baharu iaituKluster Jalan Sungai Sembilang dan Kluster Lestari Perdana Tujuh; 412 kes daripada saringan…

Read More

120 kematian di Filipina

MANILA 1 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 120 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dengan kes jangkitan pula 9,226 kes. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kematian 17,354 manakala keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,046,653 orang. DoH juga melaporkan sebanyak 10,809 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 957,051 atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes. Sehingga pukul 4 petang ini kes aktif pula 72,248.

Read More

21 kematian, 1,891 kes di Thailand

BANGKOK 1 Mei – Thailand hari ini, 1 Mei merekodkan 1,891 kes jangkitan Covid-19 dengan 21 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 67,044 kes dan 224 kematian. Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding jumlah kes yang dilaporkan semalam iaitu 1,583 kes jangkitan dengan 15 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 1,884 adalah kes tempatan dan baki tujuh kes adalah import. Kes kematian pula melibatkan 12 orang wanita dengan purata umur 73 (antara  39 dan 90 tahun). Sepuluh kematian direkodkan di Bangkok, dua masing-masing di Chon Buri dan…

Read More

AstraZeneca siapa cepat dapat

PUTRAJAYA 1 Mei – Permohonan untuk mendapat vaksin AstraZeneca secara sukarela akan mula dibuka kepada masyarakat mulai pukul 12 tengah hari esok, Ahad, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Dalam catatan terbaharu di laman Twitternya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, permohonan melalui laman web vaksincovid.gov.my itu hanya memerlukan pendaftaran dan dibenarkan untuk memilih tarikh serta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tersenarai. Bagaimanapun, ia hanya terbuka kepada PPV di Kuala Lumpur dan Selangor, dan terhad kepada siapa yang cepat. Apabila anda selesai memilih PPV serta tarikh, anda…

Read More

PKP negeri dinilai semula

PUTRAJAYA 1 Mei – Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, penilaian semula ini penting bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan Covid-19 yang sedang meningkat di seluruh dunia. Katanya, kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19. “Premis-premis…

Read More

Jokowi ulangi kebimbangan mudik lebaran

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo sekali lagi mengingatkan ketua-ketua daerah seluruh Indonesia untuk mengambil langkah mengelakkan mudik lebaran serta mengambil langkah mendisiplinkan masyarakat terhadap protokol kesihatan. Katanya, lonjakan kes Covid-19 di dalam negara sejak kebelakangan ini harus menjadi peringatan kepada semua untuk terus berwaspada. “Kepada seluruh kepala daerah saya sampaikan jangan pernah lengah, sekecil apapun kasus aktif di satu provinsi, kabupaten, atau kota. “Menjelang perayaan Idulfitri mendatang, saya meminta para kepala daerah untuk terus-menerus  menyampaikan kebijakan peniadaan mudik,” katanya melalui mesej ‘Jangan lengah’ melalui Facebooknya semalam. Jokowi sebelum ini berkata,…

Read More

Hadkan perhimpunan sosial

SINGAPURA: Berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat sejak kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura menggesa supaya perhimpunan sosial, dihadkan sama ada dengan keluarga lain atau di tempat awam. Orang ramai dinasihatkan supaya perhimpunan itu hanya dua kali sehari dan hadkan pergaulan kepada kenalan yang biasa bertemu saja, serta mengekalkan kumpulan “sekecil mungkin”, dengan had maksimum hanya lapan orang. Dalam kenyataannya, MoH turut mengingatkan supaya mengelakkan perhimpunan  sosial di tempat kerja. “Kes-kes jangkitan dalam masyarakat baru-baru ini menunjukkan bahawa risiko penularan Covid-19 tetap tinggi, bahkan ketika kita terus melaksanakan vaksinasi,” kata…

Read More